Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Pasukan pelapis congak kekuatan

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

PIALA NEWSPAPER

Pasukan pelapis congak kekuatan

Nov 19, 2015 | 05:11 PM

IA sekadar pertandingan belia.

Namun persembahan pasukan bola sepak bawah 21 nasional bagi Piala Newspaper di Ho Chinh Minh City, Vietnam, yang bermula hari ini tetap penting, kata jurulatih Richard Tardy.

Singapura beraksi dalam Kumpulan A, yang turut dianggotai pasukan bawah 21 tahun Thailand dan Vietnam.

Kumpulan B dianggotai pasukan bawah 21 tahun Hoang Anh Gia Lai FC, Myanmar, dan pasukan bawah 19 tahun Korea Selatan.

"Pertandingan ini merupakan ukur tara baik bagi kami mencongak kedudukan kami berbanding pasukan serantau lain di peringkat usia ini," kata Tardy, yang juga ketua jurulatih pasukan belia nasional, dalam kenyataan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS).

Singapura menghantar skuad 20 pemain yang turut dianggotai pemain Young Lions, Irfan Fandi dan Amirul Adli.

Kapten pasukan ialah pemain Young Lions, Afiq Noor, satu-satunya pemain berusia lebih 21 tahun yang berangkat ke Vietnam kelmarin.

Setiap pasukan dibenarkan membawa tiga pemain berusia lebih 21 tahun.

"Kami hanya membawa Afiq. Kamu mahu menguji pemain lain dengan lebih terperinci," kata Tardy.

Singapura bertemu Thailand pada 4.30 petang ini sebelum berentap dengan Vietnam Selasa depan.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3