Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

ANALISIS PENGAMAT | PREVIU SEPARUH AKHIR 1: PERANCIS LAWAN BELGIUM

Pasukan Perancis seimbang punya peluang langkah ke final

Jul 10, 2018 | 05:30 AM



DALAM Piala Dunia di mana kita telah melihat banyak pasukan terkemuka dunia kecundang dan disingkirkan, tidak hairan apabila Perancis dan Belgium masih lagi mampu bertahan.



Dengan tunggak pemain yang hebat lagi handal, kededua pasukan telah memberi persembahan yang penuh semangat, sekali gus menunjukkan mereka memang layak untuk ke pusingan seterusnya.



Perlawanan yang melibatkan kededua Perancis dan Belgium sejauh ini di Piala Dunia Russia 2018 memang tidak membosankan.



Mereka berjaya berada di pusingan separuh akhir ini atas kerja keras dan kepercayaan terhadap pasukan dan diri masing-masing untuk terus mara dan melangkah jauh.



Sukar untuk meramalkan antara kededua pasukan ini, siapakah yang bakal mencatat kemenangan dan layak ke pertandingan akhir Ahad ini.



Tetapi, jika perlu membuat pilihan, pasukan bimbingan Didier Deschamps mempunyai kelebihan dan peluang yang lebih besar berbanding Belgium.



KEKUATAN DAN KELEBIHAN PASUKAN



Kededua pasukan mempunyai kekuatan dan kelebihan masing-masing.



Namun di antara mereka, pasukan Les Bleus (Perancis), walaupun menampilkan banyak pemain muda, mempunyai kelebihan seorang jurulatih yang pernah menjulang Piala Dunia.



Deschamps, yang mengetuai Perancis, menjulang trofi Piala Dunia pada 1998 sebagai kapten, menjadi antara tunggak kekuatan pasukannya.



Dengan pengalaman lalu itu, beliau mampu memberi kata motivasi dan rangsangan di samping mengongsi pengalaman sebagai jaguh dunia itu kepada pemainnya.



Lantaran, ia akan menjadi pembakar semangat untuk mereka untuk mengulangi kejayaan 20 tahun yang lalu.



Dalam pada itu, Perancis juga mempunyai pengalaman bermain di pusingan separuh akhir berbanding Belgium yang belum pernah melangkah ke pusingan separuh akhir sebelum ini.



Pasukan yang dikendalikan Roberto Martinez merupakan sebuah pasukan yang sedang meningkat dengan pemain generasi emas mereka seperti Eden Hazard, Romelu Lukaku dan Kevin de Bruyne.



Kekuatan pasukan The Red Devils (nama gelaran Belgium) terletak pada waktu yang diluang pemain bersama dalam pasukan negara dan saling mengenali rentak permainan antara mereka.



Walaupun hanya mengambil alih pasukan Belgium sejak 2016, Martinez telah melakukan sesuatu yang menakjubkan dengan pemainnya.



KESEIMBANGAN DALAM PASUKAN



Dari benteng pertahanan hingga ke tunggak serangan, Perancis adalah sebuah pasukan yang seimbang.



Setiap bahagian di padang, mereka mempunyai pemain yang sungguh hebat dan berbakat.



Barisan serangan Perancis terdiri daripada pemain yang mampu menyumbangkan gol. Selain itu, pemain di bangku simpanan mereka juga tidak cukup hebatnya.



Dalam erti kata lain, ramai di antara pemain Perancis mampu merubah perlawanan jika diberi peluang untuk menyerlah.



Pemain Belgium juga tidak harus dihiraukan.



Pemain mereka seperti Hazard dan De Bruyne, jika diberi ruang, mampu memporak-perandakan benteng pertahanan lawan.



Tetapi, benteng pertahanan mereka sendiri tidaklah sekuat Perancis dan ini mungkin satu kelemahan mereka.



PEMAIN YANG AKAN MENYERLAH



Pertarungan sengit malam ini akan menampilkan barisan pemain terkenal dunia. Kededua pasukan pastinya akan meletakkan kesebelasan terkuat mereka.



Namun dalam senarai pemain ini, pemain muda berbakat besar, Kylian Mbappe, adalah antara pemain terbaik Perancis di samping Antoine Griezmann dan N'golo Kante.



Di Piala Dunia ini, Mbappe telah menonjolkan bakat sebenarnya dan oleh itu beliau mampu menjadi seorang pemain yang hebat, setaraf dengan Cristiano Ronaldo dan juga legenda pasukan Perancis, Theirry Henry.



Banyak persamaan yang telah dibuat antara Mbappe dan Henry, yang kini menjadi pembantu jurulatih Belgium.



Justeru, ini menunjukkan keistimewaan pemain muda berusia 19 tahun itu.



PERLAWANAN PENUH AKSI



Saya rasa 15 minit pertama perlawanan ini sangat penting. Pasukan yang menjaringkan gol pertama mungkin mempunyai peluang yang lebih besar untuk menang.



Kededua jurulatih pasti akan menggunakan taktik yang berbeza untuk mendapatkan keputusan yang diinginkan.



Namun apapun, peminat bola sepak boleh menjangkakan satu persaingan yang penuh aksi dan debaran.



  • Penulis adalah bekas kapten pasukan bola sepak Singapura yang juga pernah menjadi jurulatih pasukan Singa Muda dan memimpin pasukan bawah 23 tahun di Sukan Asia Tenggara (SEA) 2013


Ramalan Aide:



Belgium 1

Perancis 3



Ramalan BH:



Belgium 2

Perancis 1




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >