HSBC SEVENS
Pasukan ragbi Fiji bawa ceria kepada pesakit di KKH
Apr 11, 2019 | 05:30 AM
JUARA ragbi Olimpik, Fiji 7s, membawa keceriaan luar padang mereka kepada pesakit kanak-kanak di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH), kelmarin.
Dianjurkan syarikat penerbangan Fiji Airways, pesawat rasmi Fiji Rugby Union - lawatan tersebut menyaksikan pasukan Fiji 7s menghabiskan pagi mereka bersama kanak-kanak di KKH.