Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Pasukan renang 4x200m SG ikrar rampas semula emas di Kemboja

May 19, 2022 | 05:30 AM



KETUA jurulatih renang Singapura, Gary Tan, berkata masih ada ruang bagi pasukan lumba gaya bebas 4x200 meter berganti-ganti lelaki memperbaiki prestasi mereka, dan berikar akan merampas semula pingat emas di Kemboja tahun depan.



Ini selepas pasukan itu, yang turut dianggotai bintang Olimpik Joseph Schooling dan Quah Zheng Wen, gagal memenangi pingat emas acara itu.



Singapura memenangi pingat emas acara itu pada setiap edisi Sukan SEA sejak 2005.



Malah, masa yang dicatatkan pasukan itu agak jauh daripada pemenang pingat emas, Vietnam, iaitu 7 minit, 16.31 saat (7:16.31), dan pemenang pingat perak Malaysia (7:19.75). Singapura mencatat masa 7:21.49.



"Tiga daripada empat anggota pasukan kita sedang menjalani Perkhidmatan Negara (NS)... justeru, berdasarkan latihan saya jangka mereka boleh menandingi masa terbaik.



"Saya menerima keadaan ini sebagai satu peluang untuk memikirkan semula prestasi kami... pasukan kita juga masih boleh memperbaiki prestasi.



"Walaupun keputusan ini pahit untuk ditelan, kita harus menerima bahawa Vietnam dan Malaysia lebih baik dalam pertandingan ini," kata Tan lagi.



Quah, yang memenangi pingat emas bagi acara kuak lentang 50 meter, berkata: "Kami memberikan yang terbaik, tetapi ia tidak memadai pada masa ini. Sukan ini telah berlangsung begitu lama... hari keempat dan kami semua penat. Pasukan lain beraksi dengan lebih baik dan mereka layak menang."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >