Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Pasukan sepak takraw nasional S’pura dipertimbang ke Sukan SEA 2022, kata Perses

Mar 04, 2022 | 05:30 PM




PERSATUAN Sepak Takraw Singapura (Perses) telah mengemukakan permohonan kepada Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC) untuk menghantar atletnya bertanding di Sukan SEA Hanoi pada Mei ini, kata presiden Perses Nasri Haron.



Dalam senarai atlet pilihan SNOC untuk mewakili Singapura bagi temasya sukan dwitahunan itu, pasukan nasional sepak takraw negara tidak disertakan.



Senarai itu diterbitkan pada 16 Februari lalu.



Kontinjen Team Singapore di Sukan SEA tahun ini dijangka merangkumi seramai 330 atlet daripada 29 cabang sukan, kata SNOC bulan lalu.



Jawatankuasa permohonan SNOC bakal bertemu awal bulan ini sebelum memuktamadkan senarai atlet Singapura yang akan ke temasya sukan pada 12 hingga 23 Mei ini.



Sebanyak 40 sukan bakal dipertandingkan di Sukan SEA Hanoi, termasuk sepak takraw.



Menjawab pertanyaan Berita Harian pada Jumaat (4 Mac), Nasri mendedahkan bahawa Perses telah menyerahkan permohonon kepada SNOC untuk mempertimbangkan pasukan nasionalnya untuk mengambil bahagian dalam Sukan SEA 2022.



“Permohonan kami adalah umum dan tidak menyatakan secara khusus pada pasukan lelaki atau wanita,” kata beliau, ketika ditanya sama ada permohonan itu adalah untuk kedua-dua pasukan nasional lelaki dan wanita.



Di Sukan SEA 2019, pasukan nasional lelaki Singapura terkandas di pusingan kumpulan dalam acara sepak takraw ganda lelaki di Filipina.



Ia pernah mengutip pingat gangsa dalam acara yang sama pada 2015, namun tidak bertanding dalam edisi 2017 Sukan Sea di Kuala Lumpur.



Sementara itu, pasukan nasional sepak takraw wanita Singapura baru dibentuk buat pertama kali setahun lalu. 



Sebagai sebahagian proses permohonan untuk melayakkan diri ke temasya sukan itu, Nasri berkata Perses juga telah menganjurkan perlawanan persahabatan antarabangsa bersama pasukan Sukan SEA Indonesia di Batam pada hujung minggu lalu. 



Laluan Perjalanan bagi yang Sudah Menjalani Vaksinasi (VTL) antara Singapura dengan Bintan dan Batam telah dibenarkan sejak 25 Februari. 



Gelembung perjalanan itu namun hanya membenarkan pengunjung melawat kawasan yang ditetapkan dan tidak dibenarkan melancong ke kawasan lain.



Oleh itu, perlawanan persahabatan, yang sepatutnya diadakan di kawasan bandar Batam, terpaksa dibatalkan, kata Nasri.



“Sekiranya kami mengalahkan Indonesia, kami mungkin berpeluang melayakkan diri ke Sukan SEA,” kongsi beliau.



Nasri menambah Perses tidak dapat menganjurkan pertandingan lain selepas itu disebabkan aturan VTL yang terhad di negara Asia Tenggara lain dan tarikh akhir permohonan yang ditetapkan pada 2 Mac oleh SNOC.



Seperti sukan berpasukan lain di sini, sepak takraw turut terjejas oleh sekatan Covid-19 sepanjang dua tahun ini.



Perses hanya mampu menganjurkan pertandingan Pesta Sukan Sepak Takraw Ganda pada 23 Ogos hingga 5 September lalu dan Kejohanan Antara Regu Perses bagi kategori Terbuka Lelaki, Terbuka Wanita dan Bawah 17 Tahun Lelaki pada Mac dan April 2021.



Liga Perses 2021, yang awalnya dijadual berlangsung pada Jun tahun lalu, juga ditangguhkan akibat pandemik. 



Diminta mengulas mengenai peluang pasukan nasional sepak takraw beraksi di Sukan SEA, Encik Nasri menambah:



“Kami harus menanti keputusan permohonan sebab kami tidak pasti mengenai peluang kami.”




 



Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >