Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Pasukan Singa tewas 0-4 di Vietnam

Sep 21, 2022 | 10:23 PM



KIRA-kira tiga bulan sebelum Piala AFF 2022 Disember ini, pasukan Singa menunjukkan tanda-tanda membimbangkan selepas Singapura tewas 0-4 kepada Vietnam dalam satu perlawanan persahabatan di Ho Chi Minh pada Rabu (21 September).


Benteng pertahanan Singapura, yang kelihatan belum menemui keserasian dan membuat kesilapan mudah, “dipecah masuk” oleh Nguyen Van Quyet, Nguyen Thanh Nhan, Ho Tan Tai dan Khuat Van Khang.


Di Stadium Thong Nhat malam ini, jurulatih Singapura Takayuki Nishigaya menyusun barisan pemain yang menggabungkan pemain berpengalaman dan muda.


Nishigaya mengekalkan formasi tiga bek tengah yang dibentuk kapten Hariss Harun, pemain muda Ryaan Sanizal, 22 tahun, dan pemain midfield M. Anumanthan. 

Nazrul Nazari dan Hafiz Nor pula dikerahkan sebagai pemain bek sayap.


Midfield Singapura menyaksikan gabungan baru –  Adam Swandi, yang meraih penampilan antarabangsa ke-15 beliau untuk Singapura, Shah Shahiran, 23 tahun, dan Joshua Pereira, yang kali pertama menyarung jersi skuad senior.


Pemain tunggak midfield negara Shahdan Sulaiman terlepas beraksi kerana kurang sihat.


Taufik Suparno dan Ilhan Fandi, 19 tahun, mendapat “lampu hijau” untuk memimpin serangan, mengisi kekosongan pemain tetap Faris Ramli dan Song Ui-young yang menarik diri dari skuad beberapa hari lalu.


Faris sedang menyambut kelahiran anak keduanya, manakala Song dilaporkan mengalami kecederaan buku lali. Syed Firdaus dan Sahil Suhaimi dipanggil menyertai skuad.


Dari awal perlawanan malam ini, Vietnam, yang menghuni tangga ke-97 dunia, jelas lebih menyengat dan membuka tirai jaringan mereka pada minit ke-36.


Singapura, pasukan nombor 159 terbaik dunia, gagal membawa bola keluar dari bahagian pertahanannya dan memberi Van Quyet peluang meledakkan rembatan rendah dan kuat dari luar kotak penalti untuk membolosi gawang Hassan Sunny.


Vietnam terus menyerang selepas waktu rehat dan tidak perlu menunggu lama bagi gol kedua mereka. Thanh Nhan memperluaskan jurang gol lima minit kemudian.


Benteng pertahanan Singapura terus ditembusi apabila Ho, pada minit ke-71, menggunakan kelebihan ketinggiannya dan mengatasi pemain Singapura Ho Wai Loon untuk menanduk masuk gol ketiga. 


Kesilapan Hariss, yang bergerak perlahan untuk menendang bola keluar dari depan gawangnya, dimanfaatkan Khuat enam minit sebelum tamat perlawanan untuk menambah derita Singapura.


Keputusan malam ini adalah kekalahan keempat Nishigaya dalam lima perlawanan pertamanya, sejak dilantik ketua jurulatih Singapura pada lewat April lalu.


Beliau hanya menang sekali, 6-2 menentang Myanmar, dalam kelayakan Piala Asia Jun lalu. 


Singapura seterusnya menentang India, pasukan nombor 104 dunia, di stadium sama Sabtu ini. 

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >