Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Pasukan Singa gagal raih peluang kemenangan, pungut mata penting

Sep 06, 2019 | 07:12 AM



PASUKAN Singa yang mendominasi perlawanan dengan gaya permainan menyerang, gagal meraih mata penuh dalam perlawanan yang sepatutnya berada dalam genggaman mereka malam semalam (5 September).



Namun pungutan satu mata daripada perlawanan menentang Yaman itu cukup penting bagi memulakan kempen Kelayakan Piala Dunia Qatar 2022. 



Perlawanan pertama Kumpulan D yang berlangsung di Stadium Nasional malam semalam menyaksikan empat gol dijaringkan oleh kedua-dua pasukan yang berentap buat julung-julung kalinya.



Pasukan Singa membuka tirai jaringan perlawanan dahulu pada minit ke-26 melalui Ikhsan Fandi. 



Lapan minit kemudian, Yaman menyamakan keadaan hasil jaringan Abdulwasea Al-Matari, yang menendang volley masuk ke gawang Singapura dari jarak dekat.



Yaman merebut peluang untuk mendahului perlawanan sebelum tamat separuh pertama apabila Mohsen Mohammed Hassan menjaringkan gol kedua pasukan Timur Tengah itu pada minit ke-44.



Singapura memulakan separuh kedua bertenaga dan membalas dengan satu lagi gol menerusi jaringan Faris Ramli pada minit ke-51, untuk membawa perlawanan ke 2-2. 



Keputusan seri itu kekal sehingga wisel penamat.



Singapura akan menentang Palestin dalam perlawanan kedua kempen ini di Stadium Jalan Besar pada Selasa depan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >