Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Pasukan Singa tewaskan Maldives 3-1 sebelum ke Piala AFF 2022

Dec 17, 2022 | 08:08 PM



PASUKAN Singa melengkapkan persiapan mereka untuk Piala Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) 2022 dengan kemenangan 3-1 ke atas Maldives dalam satu perlawanan persahabatan antarabangsa ‘A’ di Stadium Jalan Besar, hari ini (17 Disember). 



Tandukan awal Ilhan Fandi dan dua gol babak kedua Shawal Anuar malam ini memberikan jurulatih Singapura, Takayuki Nishigaya, kemenangan dalam penampilan sulungnya di depan 3,138 penyokong sendiri, iaitu yang kedua dalam tujuh perlawanan kendaliannya sejak dilantik pada April tahun ini.



Namun, timbul kebimbangan kecederaan untuk warga Jepun itu seminggu sebelum Piala AFF selepas penyerang Ikhsan Fandi malam ini terlibat dalam pertembungan bersama pemain Maldives dan digantikan oleh Shawal pada minit ke-39.



Ikhsan, yang telah menjaringkan 17 gol dalam 32 penampilan untuk negara, dilihat mencampak botol ke papan iklan sebagai tanda kekecewaannya setelah dinilai oleh ahli fisioterapi di tepi padang.



Penyerang kelab Thai BG Pathum United itu kemudian diusung keluar padang.



Adam Swandi juga digantikan pada minit ke-66 setelah mengalami kecederaan dan kelihatan sukar berjalan ketika keluar padang.



Difahamkan kedua-dua pemain itu dibawa ke hospital selepas perlawanan untuk menjalani pemeriksaan.



Malam ini, Nishigaya mengatur sistem permainan 3-5-2 termasuk menurunkan Zaiful Nizam sebagai penjaga gawang Singapura. 



Kapten Hariss Harun, Shakir Hamzah dan M. Anumanthan digabungkan di tengah pertahanan, manakala Hafiz Nor dan Christopher Van Huizen mengisi posisi bek sayap. 



Bahagian midfield diketuai pemain veteran Shahdan Sulaiman bersama Adam dan Shah Shahiran. Adik-beradik Ikhsan dan Ilhan memimpin serangan negara.



Singapura memulakan perlawanan dengan rancak dan hanya memerlukan empat minit pertama untuk menemui sasaran. Tandukan Ilhan meletakkan pasukan Singa di depan.



Bagaimanapun, 13 minit kemudian, Maldives bangkit menyamakan kedudukan apabila pemain midfield Ibrahim Hussain menandukan hantaran dari sepakan sudut untuk membolosi gawang Zaiful.



Tandukan Shawal lima minit selepas waktu rehat bagaimanapun kembali meletakkan pasukan Singa di depan.



Penyerang Hougang United itu sekali lagi tajam di depan gawang untuk menyumbat gol keduanya malam ini pada minit ke-87 sekali gus menjamin kemenangan Singapura.



Pasukan Singa membuka kempen Piala AFF 2022 mereka dalam Kumpulan B menentang Myanmar di Stadium Jalan Besar Sabtu depan.



Selain dua negara ini, Kumpulan B turut dianggotai pemenang dua kali Vietnam; juara 2010 Malaysia dan Laos.



Hanya dua pasukan terbaik dalam kumpulan mampu melangkah ke separuh akhir.



Juara empat kali Singapura, dalam edisi 2020, yang diadakan pada Disember tahun lalu dek pandemik Covid-19, berjaya ke pusingan kalah mati untuk kali pertama sejak 2012, sebelum tewas 3-5 kepada Indonesia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >