SETELAH meraih pingat emas bersejarah Singapura di Sukan SEA, pasukan sofbal lelaki negara berazam mencatat pukulan 'home-run' di pentas yang lebih besar.
Setiausaha agung Persatuan Besbal dan Sofbal Singapura (SBSA) Sheng Thong Ying memberitahu akhbar The Straits Times bahawa juara rantau itu kini mahu "memperbaiki ranking mereka di pentas antarabangsa".