Subuh
5:56
Syuruk
7:17
Zuhur
1:20
Asar
4:41
Maghrib
7:21
Isyak
8:33

Patah siku kanan enam bulan sebelum Olimpik

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

SUKAN OLIMPIK

Patah siku kanan enam bulan sebelum Olimpik

Feb 10, 2021 | 05:30 AM

STOCKHOLM: Pemegang rekod dunia 100 meter gaya bebas, Sarah Sjostrom, mengalami kecederaan serius selepas patah siku kanannya akibat tersungkur di atas lantai ais, enam bulan sebelum temasya Sukan Olimpik Tokyo.

Perenang Sweden berusia 27 tahun itu, yang juga merupakan juara 100m kuak kupu-kupu Olimpik, berkata beliau amat kecewa dengan kemalangan tersebut dan akan menjalani pembedahan.

"Ia satu kejadian yang berlaku pada waktu yang tidak sesuai dan saya sangat kecewa, namun pada masa yang sama saya bertekad dan mempunyai motivasi tinggi untuk kembali lebih kuat.

"Saya telah melihat atlet yang berjaya bangkit semula selepas kecederaan dan mereka menjadi inspirasi saya," kata Sjostrom menerusi akaun Instagram beliau.

Kejadian tersebut berlaku sewaktu beliau sedang berjalan di atas jalan raya yang diseliputi salji di Stockholm sewaktu pulang dari latihan.

Menurut doktor pasukan nasional, tempoh pemulihan mungkin mengambil masa enam minggu.

Sjostrom merupakan bintang perenang terbesar Sweden dengan memegang beberapa rekod dunia termasuk, 50m dan 100m acara gaya bebas serta 50m dan 100m acara kuak kupu-kupu.

Di Sukan Olimpik Rio, beliau memenangi tiga pingat - emas untuk acara 100m kuak kupu-kupu, perak bagi acara 200m gaya bebas dan gangsa untuk acara 100m gaya bebas. - AFP.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3