Pedro cemerlang, bantu Chelsea menang 3-2

LONDON: Chelsea mencatat kemenangan pertama dalam usahanya mempertahan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) semalam (23 Ogos), mengalahkan West Brom 3-2, dengan pemain terbarunya, Pedro Rodriguez, menyumbang satu gol.

Namun, pemain pertahanan John Terry dibuang padang pada awal babak kedua perlawanan di Hawthorns.

Pedro memulakan aksinya bersama Chelsea dengan cemerlang. Selain menyumbang gol pertama, beliau membantu Diego Costa menyumbatkan gol kedua Chelsea dan mencipta beberapa peluang. - AFP

Galeri Foto