Subuh
5:36
Syuruk
6:53
Zuhur
12:57
Asar
4:02
Maghrib
6:59
Isyak
8:08
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

Pelantikan Mourinho sebagai pengurus United tergantung dek isu hak nama dan imej

May 26, 2016 | 07:18 AM

LONDON: Pelantikan José Mourinho sebagai pengurus baru Manchester United tergantung disebabkan pemilikan Chelsea akan hak nama dan imejnya, dengan kelab London itu dikatakan memohon bayaran agak besar bagi melepas hak itu.

Chelsea berpeluang mendapat jumlah tujuh angka daripada pengurus yang dipecatnya itu Disember lalu, sekalipun beliau menjadi pengurus di kelab pesaing utama mereka.

Ed Woodward, naib pengerusi eksekutif United, terikat dalam rundingan hingga lewat Rabu (25 Mei) malam dengan Jorge Mendes, ejen Mourinho, dan Chelsea, bersama peguam ketiga-tiga pihak.

Difahamkan Chelsea membeli hak ke atas nama dan imej Mourinho pada 2005, setahun selepas kali pertama beliau menjadi pengurus di Stamford Bridge.

Walaupun beliau dipecat bagi menamatkan tempoh keduanya sebagai jurulatih Chelsea, kelab itu terus menjual pelbagai produk yang mempunyai nama dan imejnya, termasuk cawan, sarung telefon dan poster.

Disebabkan profil global Mourinho, Chelsea boleh dijangka mendapat jumlah besar wang daripada hak tersebut.

Namun, tidak ada cadangan daripada United bahawa ini boleh menghalang Mourinho menjadi pengganti Louis van Gaal.

Bagaimanapun, Woodward berniat memperoleh hak tersebut, atau jika gagal mendapatkannya, beliau boleh menimbangkan memanfaatkannya dengan membayar yuran lesen kepada Chelsea, memandangkan nama dan imej itu akan mendatangkan pendapatan lumayan.

Isu itu dijangka diselesaikan dan Mourinho menandatangani perjanjian tiga tahun bernilai melebihi £7.5m ($15.2 juta) yang beliau dapat setiap tahun semasa di Stamford Bridge.

Kini Khamis (26 Mei) hari paling awal pengurus asal Portugal berusia 53 tahun itu boleh diumum secara rasmi sebagai pengurus Manchester United. - Agensi

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3