KEJOHANAN ANTARA SEKOLAH
Pelari RI menang acara pecut selepas atasi trauma nahas kereta
Mar 27, 2019 | 05:30 AM
PELARI pecut berbakat, Grace Shani Anthony, terpaksa berehat hampir setahun selepas terbabit dalam satu kemalangan kereta sewaktu bercuti di Amerika Syarikat pada Disember 2017.
Kejadian tersebut juga telah menyaksikan beliau terlepas peluang beraksi dalam acara 200 meter wanita di Kejohanan Antara Sekolah-Sekolah Nasional Divisyen 'A' pada tahun seterusnya.