SAO PAULO: Legenda bola sepak Brazil, Pele, berkata beliau "baik-baik belaka" menyusuli pemindahannya ke unit penjagaan khas selepas mendapatkan rawatan bagi jangkitan saluran kencing.
Jurucakap di Albert Einstein Hospital di Sao Paulo berkata legenda berusia 74 tahun itu dipindahkan selepas mengalami apa yang disifatkan hospital itu sebagai "ketidakstabilan klinikal".