LONDON: Manuel Pellegrini berikrar akan memberikan Manchester City hadiah perpisahan yang terbaik dalam bentuk kelayakan ke Liga Juara-Juara dan sekali gus menafikan peluang Manchester United, sementara Leicester City akan melabuhkan tirai musim mereka yang menakjubkan di Chelsea esok.
Dengan musim Liga Perdana yang penuh drama bakal berakhir, tumpuan kini berbelah bahagi antara persaingan kededua kelab Manchester untuk ke pertandingan menyertai kelab elit Eropah dan penutupan musim yang wajar bagi Leicester di padang juara tahun lalu.