LIGA EROPAH
Peluang Arsenal, Chelsea cerah untuk langkah ke separuh akhir
Apr 13, 2019 | 05:30 AM
LONDON: Jaringan Aaron Ramsey dan satu gol sendiri oleh Kalidou Koulibaly memberi Arsenal kemenangan 2-0 ke atas Napoli dalam perlawanan suku akhir pertama Liga Europa kelmarin.
Arsenal mendahului pada minit ke-14 menerusi Ramsey yang menyudahkan larian dan umpanan cantik antara para pemain kelab itu - sebelum beliau menjaringkan bola melepasi jangkauan sebelah kanan penjaga gawang Napoli, Alex Meret.