Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Peluang buat pengadil S'pura Muhammad Taqi jalani tugas di Piala Dunia Wanita

Jan 11, 2023 | 11:25 PM



SELEPAS peluang sekali dalam seumur hidup untuknya menjalankan amanah di Piala Dunia Fifa pada 2022, pengadil Singapura Muhammad Taqi Jahari berpeluang meraih pengalaman berharga di Piala Dunia Wanita pula.



Pada Selasa (10 Januari), pengadil berusia 36 tahun itu adalah antara 107 pengadil yang diumumkan oleh Fifa untuk Piala Dunia Wanita, yang akan diadakan di Australia dan New Zealand dari 20 Julai hingga 20 Ogos.



Beliau akan bertugas sebagai pembantu pengadil video (VAR), sama seperti peranannya di Qatar.



Pelantikannya menandakan satu lagi kejayaan buatnya dan Singapura, kerana Taqi akan menjadi yang pertama di negara ini untuk menjalankan tugas rasmi di kedua-dua Piala Dunia Lelaki dan Wanita.



Beliau akan menjadi pengadil kedua Singapura di Piala Dunia Wanita.



Pengadil pertama ialah anggota polis wanita,  Abirami Naidu, bekas pemain pasukan kebangsaan, pada edisi 2015 di Canada.



Selain itu, Taqi juga satu-satunya pengadil Asia Tenggara dalam senarai yang terpilih.



Taqi berkata kepada akhbar The Straits Times:



“Saya berbangga dengan pencapaian ini iaitu terlibat dalam Piala Dunia kerana ini hanya edisi kedua di mana Piala Dunia Wanita akan menggunakan sistem video untuk mengadili.”



Sebelum ini, Taqi pernah bertugas sebagai VAR untuk permainan bola sepak lelaki dan wanita di Sukan Olimpik Tokyo pada 2021.



Beliau menyatakan bahawa mutu bola sepak wanita telah "berkembang secara pesat" sejak Piala Dunia 2019.



Sambil menunjuk kepada peningkatan bilangan pasukan yang mengambil bahagian daripada 24 kepada 36 pasukan pada edisi 2023, beliau menambah:



"Ia menunjukkan bahawa mutu permainan bola sepak wanita telah meningkat dan bertambah baik daripada Piala Dunia sebelum ini."



Di Qatar, beliau berpeluang bekerja dengan pegawai perlawanan wanita.



Beliau berkata: “Pengalaman ini membawa perspektif berbeza tentang pemikiran mereka, interaksi mereka dan pemahaman bola sepak mereka.



"Apabila kita bercakap tentang Piala Dunia, bagi saya, tidak kira sama ada lelaki atau wanita... Fahamilah bahawa Piala Dunia adalah peringkat terbesar yang anda tahu, untuk semua orang."



Pengarah Pengadil Persatuan Bola Sepak Singapura, Nazeer Hussain berkata persatuan itu "gembira dan bangga" dengan pelantikan Taqi.



Katanya:



"Ia adalah satu lagi pencapaian... dan bukti berterusan kepada keupayaan, dedikasi, komitmen dan tahap pengorbanan Taqi."



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >