LONDON: Chelsea berpeluang mengukuhkan kedudukannya dalam persaingan merebut kejuaraan Liga Perdana England (EPL) apabila ia bertemu Swansea malam ini.
Dirangsang kemenangan bersejarah ke atas Paris Saint-Germain (PSG) dalam Liga Juara-Juara Eropah minggu lalu, Chelsea akan memulakan perlawanan malam ini dengan pengetahuan bahawa salah satu daripada dua pesaing utamanya - Liverpool atau Manchester City - telah keciciran mata.