LONDON: Pendahulu Liga Perdana England (EPL), Chelsea, akan mengalihkan perhatian kepada liga domestik sebagai 'pengubat jiwa' selepas kekecewaan terkeluar daripada Liga Juara-Juara Eropah pada pertengahan minggu.
Menyusuli kejayaan ke atas Tottenham Hotspur dalam final Piala Liga, pasukan pimpinan Jose Mourinho dijulang keyakinan dapat menyapu bersih semua kejohanan pada penghujung musim tetapi langkah mereka tersandung dalam kejohanan elit Eropah itu apabila tersingkir di tangan Paris Saint-Germain (PSG) melalui peraturan gol di padang lawan.