LIGA PERDANA ENGLAND
Peluang City tebus kekalahan bila bertemu Spurs sekali lagi
Apr 20, 2019 | 05:30 AM
MANCHESTER: Selepas tersingkir daripada Liga Juara-Juara Eropah di tangan Tottenham Hotspurs, pengurus Manchester City, Pep Guardiola, berkata bola sepak kadangkala permainan yang kejam dan tidak adil.
Anak buahnya bermain dengan cemerlang, namun tewas setelah gol kontroversi penyerang Spurs, Fernando Llorente, bermakna perlawanan berkesudahan 4-3.