Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

TENIS

Peluang Djokovic raih ' Golden Slam' belum pasti

Jul 14, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Peluang Novak Djokovic untuk meraih 'Golden Slam' kini menjadi keraguan selepas juara Wimbledon itu berkata beliau belum pasti sama ada akan bertanding di Sukan Olimpik Tokyo.



Pemain nombor satu dunia menewaskan pemain Italy, Matteo Berrettini 6-7 (4-7) 6-4 6-4 6-3 pada Ahad lalu untuk mengekalkan takhta Wimbledon dan memenangi Grand Slam ketiganya dalam masa setahun.



Sekiranya Djokovic memenangi pingat emas di Olimpik dan juga menjuarai kejohanan Terbukan Amerika Syarikat (AS), beliau akan menjadi pemain lelaki pertama melengkapkan 'Golden Slam'.



"Saya perlu memikirkannya," kata pemain Serbia itu mengenai rancangan Sukan Olimpik beliau.



Pemain wanita Jerman, Steffi Graf menjadi pemain pertama melengkapkan 'Golden Slam' yang dicapainya pada 1988.



Sebelum ini, Djokovic sudahpun membuat keputusan untuk ke Tokyo namun setelah pengumuman bahawa peminat tidak akan dibenarkan menghadiri acara Olimpik disebabkan angka kes Covid-19 yang meningkat di situ, beliau mungkin merubah fikirannya.



"Ia satu berita yang amat mengecewakan," katanya. "Saya juga dengar bahawa mungkin terdapat beberapa sekatan pada tempat tinggal atlet. Mungkin anda tidak dapat menyaksikan atlet lain bertanding secara langsung.



"Saya juga tidak dibenarkan membawa 'stringer' (orang yang memasang tali raket), yang menjadi sebahagian penting pasukan saya. Saya hanya boleh membawa sebahagian daripada pasukan saya.



"Sekarang ini keputusan saya berbelah-bagi. Ia seperti 50-50 disebabkan apa yang saya dengar sejak beberapa hari yang lalu."



Dengan kemenangan terbaru di Wimbledon - kemenangan keenamnya dalam Terbuka Wimbledon - Djokovic menyamai rekod Roger Federer dan Rafael Nadal merangkul 20 gelaran Grand Slam.



Selepas ini, peminat, pengamat dan media pasti akan membincangkan serta meramalkan siapakan antara tiga pemain ini yang akan mengakhiri kerjaya mereka dengan gelaran paling banyak, sama ada di antara mereka dapat mengatasi rekod sepanjang masa - iaitu 24 gelaran single Grand Slam yang diraih Margaret Court - dan siapa berhak mendapat gelaran pemain terhebat sepanjang masa.



Djokovic mempunyai pandangannya sendiri mengenai hal ini.



"Saya menganggap diri saya terbaik dan saya percaya bahawa saya adalah yang terbaik, jika tidak, saya tidak akan bercakap dengan penuh keyakinan tentang memenangi Grand Slam dan mencipta sejarah," katanya.



"Namun sama ada saya paling hebat sepanjang masa atau tidak, saya menyerahkan perdebatan itu kepada orang lain.



"Saya katakan sebelum ini bahawa sangat sukar untuk membandingkan era tenis. Kami mempunyai pelbagai raket, teknologi, bola, gelanggang.



"Kami bermain dalam kondisi yang sama sekali berbeza, jadi sangat sukar untuk membandingkan tenis, dari 50 tahun yang lalu hingga hari ini.



"Bagaimanapun saya sangat berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada perbualan ini.



"Buat masa kini, saya rasa seperti seorang pemain yang lengkap yang pernah saya rasakan sepanjang kerjaya saya." - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >