Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Peluang Messi gabung semula dengan Guardiola semakin cerah?

Nov 25, 2020 | 05:30 AM



ENGLAND: Antara persoalan pertama yang menyambut Pep Guardiola berikutan pengumuman kontrak barunya selama dua tahun di Manchester City minggu lalu adalah sama ada ia akan meningkatkan peluang Lionel Messi menyertai pasukannya dari Barcelona.



"Apa yang saya mahu adalah dia tamatkan kerjayanya di sana," jawab Guardiola, yang tampak menepis idea tersebut.



Namun apa pun dikatakan pengurus itu di depan awam, tidak dinafikan bahawa City mahukan kapten Barca itu dan akan melakukan apa sahaja untuk menandatanganinya, memandangkan Messi kini tahu Guardiola kekal mengurus City.



Malah, kontrak baru itu mungkin pengubah keadaan dalam usaha mereka menandatangani antara pemain terhebat bola sepak.



Messi akan pastinya tidak sabar untuk mendengar.



Guardiola dan hierarki kelab mengakui seawal April lalu bahawa penambahbaikan skuad di Stadium Eithad diperlukan.



Pandangan itu disokong dengan persembahan musim ini di mana City setelah beraksi dalam lapan perlawanan ditempatkan di bahagian bawah tangga Liga Perdana, mencatat hanya tiga kemenangan.



Kontrak baru pengurus mereka kemungkinan menjadikan proses itu lebih mudah.



Musim panas lalu, City memulakan perundingan dengan seorang pemain bertaraf dunia yang mereka minat untuk bawa ke kelab.



Wujudnya perasaan saling minat.



"Hanya satu perkara sebelum saya tanda tangan," kata pemain itu.



"Adakah Pep akan kekal di kelab?"



Pada ketika itu, Guardiola tidak memberikan komitmennya.



Mesej yang disampaikan kepada pemain itu adalah bahawa Guardiola akan kekal di City hingga sekurang-kurangnya Julai 2021 - tarikh akhir perjanjiannya pada ketika itu - tetapi setelah itu tiada apa yang disahkan, walaupun kemungkinan Guardiola akan kekal di kelab itu.



Proses pemikiran di sebalik keputusan Guardiola melanjutkan masanya di City tidak dipengaruhi oleh prospek Messi yang dapat memulakan perundingan dengan calon majikan mulai Januari.



Namun, menurut sumber yang dekat dengan pengurus itu, ketika Messi kelihatan akan meninggalkan Barca pada musim panas lalu, beliau menelefon Guardiola untuk mengetahui sama ada beliau diperlukan di City.



Perbualan itu berlangsung selama empat jam, dengan perbincangan yang panjang mengenai erti bermain di Liga Perdana, mengenai Manchester dan tentang perubahan yang diperlukan pada gaya permainan City untuk menampung Messi.



Justeru, hubungan itu pasti teguh antara kedua-dua lelaki itu.



Namun, kemungkinan ketibaan Messi sebagai prospek yang menggembirakan bagi khususnya City dan Liga Perdana secara umumnya, masih jauh sebelum perjanjian itu termeterai.



Ini disebabkan beberapa alasan, terutamanya terdapat banyak kelab yang cuba melamar Messi keluar dari Nou Camp.



Kelebihan City adalah mereka memiliki komitmen Guardiola hingga musim panas 2023 dan pada ketika itu Messi akan berusia 36 tahun. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >