WEST BROMWICH (England): Harapan Manchester United merebut tempat dalam Liga Juara-Juara kian cerah sedang senarai pemainnya yang cedera berkurangan, sekali gus menjadikan pengurus Louis van Gaal lebih optimistik meskipun menghadapi kemungkinan dipecat sebelum ini.
Kemenangan keempat berturut- turut United selepas mengatasi Watford 1-0 Rabu lalu membolehkan pasukan pimpinan Van Gaal merapatkan jurang dengan empat kelab di tangga teratas Liga Perdana sebelum perlawanan di West Bromwich Albion hari ini.