Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

FORMULA SATU (F1) GRAND PRIX SINGAPURA SINGAPORE AIRLINES

Peluang penuntut ITE praktik pelajaran dalam kelas

900 pelajar pengurusan acara, pelancongan dan bisnes bantu panganjuran perlumbaan
Oct 01, 2022 | 05:30 AM



MERASA suasana mengelola acara besar-besaran dan menyambut kehadiran ribuan pengunjung antarabangsa.



Itulah yang amat dinantikan pelajar Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Nurul Nasuha Mohd Ismail apabila menggalas tugas pegawai akses granstan di Padang bagi Grand Prix (GP) Singapura Singapore Airlines Formula Satu 2022 hujung minggu ini.



Nasuha, 17 tahun, antara lebih 900 pelajar ITE yang terpilih menyokong pengendalian GP Singapura selama tiga hari, mulai semalam, di Litar Jalanan Marina Bay.



Mereka dikerahkan dalam bahagian operasi hospitaliti dan layanan pelanggan, seperti duta perkhidmatan, pegawai pintu masuk dan pemandu pengunjung di taman litar.



Pelajar itu adalah dari tiga kolej ITE yang mengambil jurusan pengurusan acara, perjalanan dan pelancongan, dan bisnes, antara lain.



"Ini pengalaman pertama saya berada dan bekerja di GP Singapura. Saya rasa ghairah dapat bekerja dalam sekitaran sebesar ini, yang dihadiri ramai orang, bukan warga tempatan sahaja, malah warga asing.



"Saya mahu mengambil peluang ini untuk meneroka dan menimba pengalaman di luar sekolah dan keluar daripada zon selesa saya," kata Nasuha, pelajar tahun pertama Higher Nitec dalam bidang pengurusan acara.



Perlumbaan malam GP Singapura diadakan semula tahun ini selepas ditiadakan dua tahun gara-gara pandemik Covid-19. Lebih 268,000 orang dijangka menghadiri edisi kali ini, memecah rekod bilangan pengunjung pada 2019.



Tugas Nasuha ialah membawa penonton ke tempat duduk mereka, yang "memerlukan saya menggunakan kemahiran komunikasi" yang dipelajarinya.



"Keutamaan kami ialah memberi layanan baik dan memastikan penonton menikmati pengalaman mereka di perlumbaan ini," ujarnya.



Beliau menambah bahawa para pelajar ITE itu perlu mengikuti latihan sehari dan menjalani ujian sebelum dipanggil bekerja.



Pelibatan ITE dalam GP Singapura bermula pada 2009 dan kerjasama itu diperbaharui selama tujuh tahun lagi baru-baru ini. Hingga kini hampir 10,000 pelajar ITE sudah terlibat dalam perlumbaan F1 itu.



Pengetua ITE Kolej Central, Encik Suresh Natarajan, berkata: "Kerjasama ini menawarkan peluang hebat untuk pelajar ITE belajar secara langsung bagaimana acara berskala besar dianjurkan dan dijalankan.



"Ia juga menyediakan platform berharga khususnya bagi pelajar jurusan pengurusan acara kami, untuk mempraktikkan apa yang telah mereka pelajari di sekolah pada sebuah acara antarabangsa bertaraf dunia."



Timbalan Pengerusi GP Singapura, Encik Colin Syn, mengalu-alukan pelibatan pelajar ITE.



"Kami yakin perlumbaan ini akan memberi peluang pembelajaran dan pengalaman berharga kepada pelajar itu dan berfungsi sebagai batu loncatan kepada pelbagai kerjaya hebat dalam sektor acara dan hospitaliti.



"Perkongsian kami dengan ITE adalah salah satu daripada pelbagai usaha kami untuk membentuk kesan positif dalam masyarakat tempatan, dan kami teruja untuk melakukan lebih banyak lagi pada tahun-tahun akan datang," kata Encik Syn.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >