Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

KUMPULAN H

Peluang Ronaldo bukti belum hilang sengat

Portugal pilihan kumpulan tetapi tiga pasukan lain - Uruguay, Ghana dan Korea Selatan - mampu buat kejutan
Nov 19, 2022 | 05:30 AM



MENGAMBIL kira bakat-bakat yang 'dilahirkan' Portugal, rekod mereka yang hanya meraih tiga kemenangan dalam 14 perlawanan Piala Dunia yang lalu adalah jauh daripada memuaskan.



Ketua jurulatih, Fernando Santos, pastinya akan berharap superstar pasukan, Cristiano Ronaldo, menemui prestasinya sebelum perlawanan pembukaan.



Seperti Messi, Ronaldo juga tidak pernah menjaringkan gol dalam peringkat kalah mati Piala Dunia, jadi itulah matlamat yang beliau mahu kecapi.



Jika menemui semula sentuhan berbisanya, Ronaldo juga akan hanya menjadi pemain pertama untuk menjaringkan gol dalam lima edisi Piala Dunia.



Tetapi, sekiranya Portugal menumpukan sebahagian besar usaha skuad untuk membantu Ronaldo mencatatkan perkara dalam senarai impiannya, mereka akan mendapati diri mereka dikelilingi tiga pasukan yang mampu catat kejutan.



Uruguay sudah menang enam daripada lapan perlawanan Piala Dunia mereka dan melepasi pusingan kumpulan dalam lima daripada tujuh penampilan terakhir mereka, manakala Ghana dikenali dengan keupayaan giant killer dalam kejohanan-kejohanan besar sebelum ini.



Kedua-dua pasukan itu juga akan bertemu buat pertama kali sejak insiden Luis Suarez, yang menggunakan tangannya untuk menghalang percubaan gol Ghana, di Piala Dunia 2010.



Rekod Korea Selatan sebelum menjadi tuan rumah bersama pada 2002 adalah buruk, hanya memenangi tiga daripada 27 perlawanan Piala Dunia, tetapi jangan lupa kemenangan cemerlang 2-0 mereka yang menyingkirkan Jerman empat tahun lalu.




SEKILAS KUMPULAN H



PORTUGAL

Persembahan lalu: Pusingan 16 pasukan terbaik

Persembahan terbaik: Separuh akhir (1966)

Ranking dunia: 9

Jurulatih: Fernando Santos

Pemain bintang: Cristiano Ronaldo



GHANA

Persembahan lalu: Tidak layak

Persembahan terbaik: Suku akhir (2010)

Ranking dunia: 60

Jurulatih: Otto Addo

Pemain bintang: Thomas Partey



URUGUAY

Persembahan lalu: Suku akhir

Persembahan terbaik: Juara (1930, 1950)

Ranking dunia: 13

Jurulatih: Diego Alonso

Pemain bintang: Luis Suarez



KOREA SELATAN

Persembahan lalu: Pusingan kumpulan

Persembahan terbaik: Separuh akhir (2002)

Ranking dunia: 28

Jurulatih: Paulo Bento

Pemain bintang: Son Heung-min




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >