Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PROJEK DEKATI PEMINAT MANCHESTER UNITED DI SERATA DUNIA

Peluang saksi Man U beraksi di Old Trafford

Mar 10, 2017 | 05:30 AM



PEMINAT kelab bola sepak Manchester United kini berpeluang menyaksikan secara langsung kelab kegemaran mereka itu beraksi di Stadium Old Trafford jika mereka menjadi pemenang bertuah satu kempen beli-belah sambil memenangi hadiah anjuran sebuah firma e-dagang setempat.



Ini selepas firma itu, Aladdin Street Singapore, baru-baru ini berjaya memeterai satu kerjasama global dengan Manchester United untuk melancarkan projek mendekati peminatnya di serata dunia.



Sempena kerjasama itu, Aladdin Street Singapore akan menawarkan seorang pemenang bertuah peluang menikmati pakej lawatan ke kelab terkemuka Liga Perdana England itu selain beberapa lagi pengalaman menarik semasa berada di kota tersebut.



Untuk memenanginya, peserta perlu berbelanja di laman aladdinstreet.com.sg mulai sekarang hingga 31 Mei ini.



Bagi setiap $100 yang dibelanjakan, pembeli bertuah berpeluang antara lain memenangi hadiah dua tiket ulang-alik ke Manchester, penginapan hotel enam hari lima malam, menerima jersi Manchester United yang ditandatangani pemain, lawatan bandar Manchester, lawatan VIP ke Stadium Old Trafford dan dua tiket bagi menonton perlawanan secara langsung.



Dalam kenyataannya, Presiden dan pengasas bersama Aladdin Street Singapore, Dr Grace Kong, yang hadir pada sidang media di Old Trafford, berkata pihaknya gembira menjadi rakan kerjasama bagi platform e-dagang global Manchester United.



"Aladdinstreet.com.sg sendiri menawarkan bantuan kepada SME (syarikat kecil dan sederhana) di Singapura yang menyertai kami sebagai rakan dagang," kata Dr Kong.



Sidang akhbar itu turut dihadiri kapten Manchester United, Wayne Rooney, dan beberapa pemain lain kelab tersebut.



Aladdin Street Singapore dilancarkan Oktober 2016 bagi menawarkan produk berfokuskan 'halalan toyyiban' dalam talian.



Keterangan lanjut boleh didapatkan di https://aladdinstreet.com.sg/herewegoal.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >