Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK SETEMPAT

Peluang Singa wanita uji kemampuan apabila lawan HK

Dua perlawanan diatur sebelum pasukan harungi cabaran AFF Wanita bulan depan
Jun 17, 2022 | 05:30 AM



PASUKAN bola sepak negara berpeluang mengasah lagi tahap permainan apabila turun beraksi dalam dua perlawanan persahabatan dengan Hong Kong di sini pada akhir bulan ini, sebahagian daripada persiapan sebelum bertanding di Kejohanan Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) Wanita 2022.



Pasukan bola sepak wanita negara, yang menduduki tangga ke-132 dalam ranking dunia, dijadual menentang Hong Kong di Stadium Jalan Besar (JSB) pada 23 dan 26 Jun ini.



Kejohanan AFF Wanita itu pula dijadual berlangsung 3-17 Julai.



Dalam satu kenyataan semalam, Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) berkata kededua perlawanan persahabatan itu bertujuan membantu pasukan nasional meneruskan momentum yang diraih dari perlawanan Siri Tiga Negara (Wanita) dan Sukan SEA di Hanoi, Vietnam, baru-baru ini.



Perlawanan dengan Hong Kong, yang menduduki tangga ke-78 dunia itu dianggap ujian mencabar bagi pasukan negara, apatah lagi pasukan lawan itu berjaya melangkah ke suku akhir Sukan Asia 2018.



Ketua jurulatih skuad, Stephen Ng, telah menamakan skuad seramai 29 pemain bagi kededua perlawanan termasuk beberapa muka baru.



Ini termasuk penjaga gawang Nur Haziqah Haszman; pemain midfield Irsalina Irwan dan Alyssa Deanna Yazrin serta penyerang Claire Marie Tay.



Menurut FAS, pemain-pemain itu telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam Liga Perdana Wanita (WPL) Deloitte.



Ng turut mengundang semula pemain tengah Lila Tan dan memberikan peluang kepada penyerang muda Summer Chong yang beraksi dengan pasukan negara Bawah 19 Tahun.



Chong kini menyarung jersi pasukan Black Rock di Amerika Syarikat, kerana sedang menuntut di Sekolah Tinggi Mowing di New Hampshire.



Ng berkata perlawanan persahabatan itu akan mendedahkan pemain kepada tahap saingan yang lebih tinggi, yang dianggap penting dalam persiapan bagi mengharungi Kejohanan AFF nanti.



Singapura berada dalam Kumpulan A, bersama-sama pasukan tuan rumah Filipina, Thailand, Indonesia, Australia dan Malaysia.



"Kedua-dua perlawanan akan membolehkan kami memaksimumkan usaha kami, sambil memberi kami ruang untuk membuat peningkatan dan menyesuaikan diri dengan intensiti yang lebih tinggi, terutama bagi pemain yang akan beraksi dalam perlawanan antarabangsa buat pertama kali.



"Dengan terus bersaing dengan pasukan yang berkualiti, kami boleh mengorak langkah dalam pembangunan kami untuk menjadi pesaing kuat di Asia Tenggara pada masa depan," kata Ng.



Naib kapten Stephanie Gigette berkata beliau dan rakan sepasukan ghairah untuk bersaing dengan pasukan handal seperti Hong Kong dan menguji keupayaan diri mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >