Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Peluang Spurs duduki tangga teratas

Manchester United pula perlu ulangi mutu persembahan baik bila bertemu West Brom
Nov 21, 2020 | 05:30 AM



LONDON: Reputasi Tottenham Hotspurs untuk memburu kejuaraan liga bakal diuji apabila mereka bakal menerima kunjungan Manchester City awal pagi esok setelah aksi Liga Perdana England (EPL) disambung semula selepas tempoh rehat antarabangsa.



Spurs hanya kekurangan satu mata di belakang Leicester City selaku pendahulu liga dengan Chelsea dan Aston Villa berpeluang merampas tangga teratas apabila masing-masing bertemu Newcastle dan Brighton.



Juara bertahan, Liverpool dilihat sudah terbeban dengan jadual padat apabila kelab bimbingan Jurgen Klopp itu berdepan isu kecederaan menjelang perlawanan bertemu Leicester di Anfield.



Tottenham di bawah bimbingan Jose Mourinho tidak pernah tewas dalam tujuh perlawanan liga sejauh ini dan dengan prestasi cemerlang gandingan Harry Kane serta Son Heung-min, ia meningkatkan lagi impian kelab itu untuk memenangi kejuaraan liga buat kali pertama selepas 60 tahun.



Bagaimanapun Spurs bakal menerima ujian sebenar apabila bakal bertemu City, sebelum berdepan perlawanan getir menentang Chelsea, Arsenal, Liverpool dan Leicester.



City kini menduduki tangga ke-10 dengan ketinggalan enam mata berbanding pendahulu liga tetapi masih mempunyai kelebihan satu perlawanan untuk dimainkan.



Selepas permulaan yang sukar kerana kurang melakukan persiapan, faktor kecederaan, kes Covid-19 dan melalui jadual padat, kunjungan ke Tottenham juga menjadi daya pengukur sama ada City mampu bangkit semula.



Skuad bimbingan Guardiola tidak pernah tewas dalam sembilan perlawanan di kesemua pertandingan namun mereka tampak sukar menjaringkan gol apabila hanya mampu meledak satu gol pada setiap lima perlawanan terakhir liga.



Kekurangan penyerang berkaliber sepanjang kempen setakat ini kerana kecederaan menimpa Gabriel Jesus dan Sergio Aguero nyata menjejaskan prestasi City.



Sementara itu, Manchester United berharap dapat memperoleh konsistensi dalam persembahan mereka apabila menerima kunjungan West Bromwich Albion yang juga dihimpit masalah.



Hanya empat tangga memisahkan kedua-dua pasukan sebelum perlawanan awal pagi esok - United di tangga ke-14 manakala West Brom menduduki tangga ke-18.



Pasukan kendalian Ole Gunnar Solskjaer berharap dapat meneruskan persembahan memberangsangkan ketika menewaskan Everton 3-1 pada perlawanan terakhir mereka pada 7 November lalu.



United memulakan kempen musim ini dengan persembahan yang bercampur. Selepas tujuh perlawanan, mereka hanya mampu meraih tiga kemenangan dan telah ditewaskan oleh Arsenal dan Spurs di Old Trafford.



Satu lagi kemenangan pada hujung minggu ini akan menyaksikan United naik ke tangga kesembilan, bergantung pada keputusan lain.



Pengurus Chelsea, Frank Lampard pula telah meminta pengurusan EPL untuk membatalkan perlawanan mereka apabila barisan pemain Chelsea yang keletihan daripada tugasan antarabangsa



Lampard berdepan isu beberapa barisan pemain bintangnya hanya pulang ke England kelmarin selepas mengelilingi seluruh dunia untuk beraksi dalam saingan Liga Negara-Negara.



Mereka tidak mempunyai masa yang cukup untuk berehat atau menjalani latihan sebelum berkunjung ke St James Park esok dan Lampard bimbang dengan tahap kecergasan barisan pemainnya.



"Majoriti skuad kami baru saja kembali ke kelab. Mereka kemudian akan terbang ke Newcastle, kembali semula dan kemudian terbang ke Rennes pada Selasa," kata Lampard.



"Saya sememangnya tidak dapat menggunakan khidmat pemain secara maksimum pada saingan liga nanti." - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >