Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK SETEMPAT

Peluang timba latihan di Jepun

Nov 21, 2018 | 05:30 AM



EMPAT pemain bola sepak belia Singapura telah diberi kesempatan menyertai program latihan dan pertukaran budaya bersama Kelab Bola Sepak Matsumoto Yamaga di Matsumoto, Jepun, baru-baru ini.



Peluang tersebut ditawar Epson Singapore sebagai sebahagian daripada usaha syarikat tersebut menyumbang kepada pembangunan sukan dan belia di Singapura.



Berlangsung selama tujuh hari dari 12 hingga 18 November lalu, program tersebut bertujuan memberi lebih banyak peluang kepada pemain untuk mempelajari kemahiran dan teknik bola sepak tambahan, sambil mendedahkan mereka kepada budaya baru melalui pengalaman homestay.



Empat pemain yang telah menyertai program tersebut adalah Muhamad Irfan Muhamad Ariff, Muhammad Izzan Nabil Zalani, Muhammad Danish Haziq Mohammad Hanafi dan Mohamed Ilhan Mohamed Noor.



Mereka terpilih berdasarkan persembahan dan teknik masing-masing, pemahaman mereka tentang sukan bola sepak, serta penilaian sama ada mereka memiliki ciri-ciri dan disiplin pemain bola sepak dalam dan di luar padang.



Muhammad Irfan, 16 tahun, dan Muhammad Izzan, 15 tahun, terpilih selepas menyertai kempen #EXPECTMORE anjuran Epson Singapore dan ditabal sebagai Pemain Paling Berharga dalam Cabaran Belia Epson 2018, perlawanan bola sepak belia yang dianjurkan bersama Kelab Bola Sepak Antarabangsa Geylang (GIFC).



Muhammad Danish, 16 tahun, dan Mohamed Ilhan, 16 tahun, pula dipilih oleh GIFC dari pasukan bawah 16 tahun mereka kerana memaparkan kemahiran teknikal dan disiplin yang cemerlang.



Latihan tersebut telah diadakan di Padang Bola Sepak Karigane, di mana empat pemain itu telah mengambil bahagian dalam perlawanan latihan bersama Kelab Bola Sepak Matsumoto Yamaga.



Mreka juga berpeluang meneroka budaya Jepun melalui pengalaman homestay dan telah menikmati pemandangan tasek Suwa Lake dan Matsumoto Castle.



Pengarah Jualan, Pemasaran dan Perkhidmatan Pelanggan di bahagian jualan Epson, Epson Singapore, Cik Tan May Lin, berkata:



"Selama bertahun-tahun, Epson telah menunjukkan komitmen kami yang berterusan kepada pembangunan sukan dan belia di Singapura, dan kami gembira dapat menawarkan pemain peluang untuk meneruskan dan mengembangkan lagi semangat bola sepak mereka."



Menyentuh pengalamannya, Muhammad Irfan berkata: "Program latihan ini sangat berbaloi. Ia merupakan peluang yang jarang diperolehi dan saya telah meraih banyak pengajaran dan bimbingan di Jepun.



"Dari pengalaman saya di 'homestay' hingga ke sesi latihan bersama pemain Matsumoto Yamaga dan jurulatih mereka, program ini mendorong saya untuk menjadi atlit yang lebih baik dan saya tidak sabar untuk berkongsi apa yang telah dipelajari dengan teman-teman yang lain."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >