Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Peluang tonton EPL di 23 balai rakyat mulai Sabtu ini

Jan 09, 2014 | 07:30 PM



SingTel mio TV , dengan kerjasama Persatuan Rakyat (PA), akan menayangkan perlawanan pilihan Liga Perdana Inggeris (EPL) di 23 balai rakyat atau kelab masyarakat (CC) mulai Sabtu ini.


Ini akan berterusan sehingga 11 Mei, hari terakhir musim EPL.


"Kami berharap untuk meningkatkan keakraban menerusi tayangan perlawanan bola sepak," jelas Goh Seow Eng , Pengarah Urusan TV, SingTel.


"Menyaksikan permainan dengan sekumpulan rakan-rakan dan jiran-jiran adalah menyeronokkan dan cara yang hebat untuk memupuk semangat kemasyarakatan di kawasan perumahan."


Ketua Eksekutif PA, Encik Ang Hak Seng, berkata:


"Persatuan Rakyat gembira dapat bekerjasama dengan SingTel dalam membawakan Liga Perdana Barclays kepada penduduk.


"Ia merupakan cara terbaik untuk mempererat hubungan antara masyarakat, di samping rakan-rakan dan jiran-jiran, dan juga ibu bapa dan kanak-kanak boleh berkumpul untuk menonton dan bersorak menyokong pasukan bola sepak masing-masing."


Perlawanan pertama menampilkan Chelsea dan Hull City akan ditayangkan pada Sabtu ini jam 8.45 malam di sembilan CC (Tampines West, Buona Vista, Chong Pang, Kallang , Nee Soon South , Telok Ayer Hong Lim Green, West Coast, Woodlands dan Yio Chu Kang) .


CC lain - Boon Lay, Bishan, Cheng San, Chua Chu Kang, Fengshan, Hong Kah North, Pasir Ris Elias, Paya Lebar Kovan, Punggol, Jurong Spring, Tampines Central, Toa Payoh Central, Sengkang dan Ulu Pandan - akan bermula selepas Sabtu ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >