Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND (EPL)

Pemain 20 tahun bawa City ke tangga ketiga

Foden jaring gol tunggal tundukkan Brighton; Spurs seri 1-1 dengan Fulham
Jan 15, 2021 | 05:30 AM



MANCHESTER: Phil Foden membantu Manchester City melonjak ke tangga ketiga Liga Perdana England (EPL) selepas anak buah Pep Guardiola berdepan cabaran sengit tetapi berjaya menewaskan Brighton 1-0 awal pagi kelmarin.



Walaupun persaingan antara pendahulu liga Manchester United dan juara bertahan yang kini di tangga kedua, Liverpool, menjadi perbualan utama, City dilihat turut berupaya merebut mahkota liga.



Juara EPL 2018 dan 2019 itu memulakan musim ini dengan hambar namun kembali memperoleh rentak kemenangan sejak beberapa minggu lalu dan kini hanya satu mata di belakang Liverpool, dengan satu perlawanan dalam tangan.



City beraksi tanpa penyerang berkaliber ketika menentang pasukan kendalian Graham Potter. Meskipun tidak dapat membariskan beberapa pemain utama dan kesebelasannya, gol tunggal Foden, 20 tahun, pada separuh masa pertama cukup bagi tiga mata penuh.



"Kami tahu betapa sukar perlawanan itu. Barisan pemain Brighton mempunyai kekuatan mental tinggi. Pemain kami beraksi baik pada separuh masa pertama dan memperoleh beberapa peluang terbaik.



"Kami perlu mencatat kemenangan dengan cara seperti ini. Ia memberi pengajaran kepada pemain. Setiap perlawanan akan sama sahaja seperti ini," kata Foden.



Sementara itu, Fulham menyebabkan pengurus Tottenham Hotspur Jose Mourinho membayar harga tinggi dek sindirannya apabila gol penyamaan Ivan Cavaleiro menyaksikan dua pasukan seri 1-1, sekali gus menjejas impian Tottenham bersaing merebut kejuaraan liga.



Mourinho mencetuskan perang mulut bersama pengurus Fulham, Scott Parker, menjelang perlawanan itu selepas keputusan liga menjadualkan semula perlawanan tersebut dengan notis sangat singkat.



Harry Kane meletak tuan rumah di depan pada separuh masa pertama di Stadium Tottenham Hotspur, namun Cavaleiro menjaringkan gol penyamaan pada hujung perlawanan.



Tottenham hanya mampu memenangi dua daripada lapan perlawanan terakhir mereka dan kini di tangga keenam liga.



Perlawanan Tottenham dan Fulham asalnya dijadualkan berlangsung bulan lalu, tetapi ditangguh dan kemudian dijadualkan semula kelmarin bagi memberi ruang kepada jadual padat yang dihadapi anak buah Mourinho.



Parker berkata ia satu keputusan "melampau" dan salah untuk pasukannya dipaksa beraksi dengan notis sangat singkat.



Mourinho membalas kenyataan itu dengan berkata beliau hanya bersimpati terhadap Fulham jika kelab itu membariskan pasukan lemah.



"Jika mereka tampil dengan pasukan terbaik, saya rasa mereka patut meminta maaf kepada kami," kata Mourinho.



Namun, Fulham nyata menyahut cabaran Mourinho dengan membariskan pasukan utama pada perlawanan tersebut. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >