Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Pemain Arsenal, Ozil, Kolasinac, bertarung dengan perompak

Jul 26, 2019 | 09:45 AM



LONDON: Pemain Arsenal, Sead Kolasinac dan Mesut Ozil bertarung dengan perompak yang cuba memberhentikan kereta mereka di utara London.



Kejadian tersebut dirakam dalam video yang tular di media sosial.



Dalam rakaman tersebut, Kolasinac dilihat melompat keluar dari kenderaan untuk berdepan dengan seorang individu memakai topeng yang memberhentikan kereta mereka dengan motosikal di daerah Golders Green.



Kedua-dua penyerang tampak mengacukan pisau kepada pemain berusia 26 tahun itu.



“Kami sudah menghubungi kedua-dua pemain itu dan mereka baik-baik sahaja,” kata seorang jurucakap Arsenal.



Polis mengesahkan bahawa mereka menerima laporan berkaitan percubaan merompak.



“Menurut laporan, suspek yang menaiki motosikal cuba merompak lelaki yang sedang memandu sebuah kereta,” kata jurucakap polis.



“Pemandu itu bersama penumpang, melepaskan diri tanpa kecederaan dan telah ke sebuah restoran di Golders Green, di mana mereka bertemu dengan pegawai kami.



“Masih tiada tangkapan. Siasatan masih diteruskan,” tambahnya. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >