Pemain Arsenal, Xhaka, disiasat atas dakwaan bersikap perkauman

LONDON - Pemain tengah Arsenal Granit Xhaka telah diinterviu polis berhubung dakwaan beliau bersikap perkauman terhadap seorang pekerja di Lapangan Terbang Heathrow, London pada Isnin (23 Jan).

Pemain antarabangsa Switzerland berusia 24 tahun itu tidak ditangkap tetapi hadir ke polis berhampiran secara sukarela selepas kejadian itu dilaporkan oleh pihak ketiga.

Menurut laporan media British, Xhaka, yang dilayangkan kad merah semasa Arsenal menang 2-1 ke atas Burnley dalam Liga Perdana pada Ahad, sedang menghantar seorang rakan apabila kejadian itu berlaku.

"Polis telah dihubungi pada 7:29 malam Isnin, 23 Jan, ekoran dakwaan bahawa seorang pekerja di Lapangan Terbang Heathrow, Terminal Lima, dicela beraur perkauman," kata satu kenyataan yang dikeluarkan pasukan Metropolitan London pada Selasa (24 Jan).

"Dakwaan itu dibuat oleh pihak ketiga.

"Pegawai datang dan bercakap dengan seorang lelaki berusia 20-an. Dia tidak ditangkap. Beliau secara sukarela hadir ke balai polis London dan diinterviu. Siasatan diteruskan."

Arsenal memberi respon terhadap kejadian itu dengan berkata: "Ini adalah satu perkara peribadi dan di tangan polis".

Xhaka menyertai Arsenal daripada kelab Jerman Bundesliga Borussia Monchengladbach dengan bayaran pramusim lebih £30 juta ($53 juta).

Layangan kad merah itu berlaku sedang beliau mula mewakili Arsenal dalam pasukan pertama. Beliau kini mungkin digantung empat perlawanan selepas menerima kad merah kedua musim ini. - AFP.

Waktu Solat

Subuh
5:38
Syuruk
7:02
Zuhur
1:09
Asar
4:34
Maghrib
7:13
Isyak
8:29
3 HR PSI: 57
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.