Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Pemain asing di Kejohanan Antarabangsa SG disiasat, langgar aturan laluan perjalanan

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

GOLF

Pemain asing di Kejohanan Antarabangsa SG disiasat, langgar aturan laluan perjalanan

Jan 18, 2022 | 05:30 AM

PIHAK berkuasa sedang menyiasat dakwaan pelanggaran protokol laluan perjalanan oleh pemain golf asing yang berdaftar untuk menyertai Kejohanan Antarabangsa Singapura minggu ini, pertandingan yang menawarkan hadiah bernilai AS$1 juta ($1.35 juta) dalam Jelajah Golf Asia.

Penganjur kejohanan itu, Sportfive, berkata kelmarin ia telah membantu dengan kes itu dan menambah pemain itu, yang masih berada di Singapura, tidak bertanding dalam kejohanan empat hari yang diadakan di Tanah Merah Country Club.

Seramai 23 negara diwakili dalam pertandingan yang berlangsung dari 13 hingga 16 Januari itu.

Sportfive menyatakan kejadian itu tidak akan menjejaskan acara Terbuka Singapura SMBC di Kelab Golf Sentosa (SGC) yang bakal berlangsung minggu ini, yang juga dianjurkannya.

Kejohanan golf itu, yang mengakhiri musim Jelajah Golf Asia, menawarkan hadiah bernilai AS$1.25 juta diteruskan tetapi dengan jumlah pemain yang berkurangan iaitu 132 pemain.

Ini selepas permohonan tertentu yang dibuat untuk laluan perjalanan tidak dapat diproses dalam tempoh masa yang diperlukan, bagi 18 pemain dari Pertubuhan Jelajah Golf Jepun (JGTO), lapor The Straits Times (ST).

Pengarah bagi sukan dan kesihatan Lembaga Pelancongan Singapura (STB), Cik Ong Ling Lee, berkata pihaknya memandang serius sebarang pelanggaran protokol laluan perjalanan dan langkah pengurusan selamat di acara sukan.

Menambah, beliau berkata: "Penganjur acara dan peserta dikehendaki mematuhi langkah-langkah ini pada setiap masa".

Pertandingan Terbuka Singapura dibatalkan tahun lalu akibat pandemik Covid-19.

Sportsfive berkata ia akan terus bekerja rapat dengan pihak berkuasa berkaitan untuk memastikan acara itu selamat.

"Proses permohonan untuk laluan perjalanan adalah ketat dan memerlukan sejumlah besar maklumat dan penyelarasan antara entiti yang berbeza.

"Sebagai penganjur acara, kami melakukan apa yang berada dalam kawalan kami untuk menjadikan proses itu selancar mungkin bagi pemohon. Kelulusan laluan perjalanan tidak dijamin walaupun permohonan dibuat," tambah jurucakap Sportsfive, bercakap kepada ST.

Antara langkah yang dilaksanakan termasuk protokol ujian untuk semua pemain, caddy dan kakitangan asing. Mereka perlu jalani ujian tindak balas rantaian polimerase (PCR) sebelum tiba di sini dan sejurus selepas tiba, selain menjalani ujian kerap sepanjang tempoh mereka berada di sini.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3