Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Pemain bola sepak Sukan SEA dapat layanan teruk di Manila

Nov 25, 2019 | 04:18 PM



MANILA - Pasukan bola sepak negara dari empat negara berbeza menerima layanan buruk setelah mereka darat di Manila hujung minggu lalu, menyebabkan penganjur Sukan SEA ke-30 untuk meminta maaf semalam (24 November).



Pemain bola sepak dari Timor Leste terpaksa menunggu tiga jam di lapangan terbang apabila mereka tiba di sana pada 5 pagi pada Sabtu, lapor The Straits Times.



Apabila bas ulang-alik tiba, pemandu membawa mereka ke hotel yang salah.



Pasukan bola sepak di bawah 22 tahun (U22) Myanmar juga terpaksa menunggu berjam-jam di lapangan terbang.



Mereka kemudian menaiki sebuah bas yang dianggap kecil, sempit dan lagi teruk berbanding lori di negara mereka, kata peminat mereka dalam talian.



Penangguhan itu menyebabkan pemain terlepas latihan buat sehari.



Gambar-gambar pasukan Kemboja terbaring dan tidur di lantai dan kerusi bilik sidang media sebuah hotel juga tular di media sosial.

Pasukan bola sepak Thailand juga terpaksa menunggu untuk keluar lapangan terbang kerana masalah dengan dokumen pengenalan (ID) dan kakitangan sokongan mereka.



Penganjur telah keluarkan kenyataan semalam.



“Kami meminta maaf dengan ikhlasnya kepada tetamu atlit dari Timor Leste, Myanmar dan Kemboja atas kesulitan dan kekeliruan mengenai pengangkutan dan penginapan hotel,” kata Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA Filipina (Phisgoc).

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >