Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Pemain bowling muda Iliya rebut gelaran Hongkong

Jul 21, 2019 | 05:51 PM



 





Pemain bowling nasional Iliya Syamim Muhd Azni memenangi Terbuka Antarabangsa Hongkong pada Sabtu (20 Julai), menewaskan atlit Malaysia Nur Amirah Auni 215-160 dalam final ‘stepladder’.



Pemain bowling berusia 20 tahun itu adalah pilihan pertama di peringkat final, selepas menjatuhkan 1,794 pin dalam lapan permainan di  Final Pentas Terbuka Kedua Wanita, mengatasi pemain Macau Wong Son Ian (1,751 pin).



Bercakap kepada The Straits Times, Illiya berkata: 



“Saya berasa gementar di permulaan final ‘stepladder’... tetapi saya memberitahu diri saya supaya kekal tenang dan fokus terhadap proses, melengkapkan ‘spare’ dan membuat lontaran tanpa sebarang keraguan.”



“Saya memberitahu diri saya sendiri supaya melontar bola sebaik-baiknya dan menjatuhkan pins yang masih berdiri.”



 Illiya adalah warga Singapura  ketiga memenangi kejuaraan di luar negeri sejak beberapa bulan lalu. Mei lalu, Charlene Lim, 20 tahun, memenangai Terbuka Antarabangsa Malaysia, sementara rakan sepasukan Amabel Chua, 19 tahun memenangni Terbuka Filipina bulan lalu.



“Sebenarnya, saya tidak mengharapkan apa-apa dalam kejohanan ini… tapi saya meletakkan keyakinan terhadap jurulatih saya (penolong jurulatih nasional Vincent Lim) dan berbincang dengannya jika ada sebarang keraguan dalam fikiran saya,” kata Illiya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >