Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Pemain EPL bergelut dengan kecederaan: Steve Bruce

Feb 09, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Pengurus Newcastle Steve Bruce berkata kelab-kelab Liga Perdana England (EPL) sedang bergelut untuk melindungi pemain tetapi tetap menurunkan kesebelasan utama yang mampu memenangi perlawanan selepas tiga pemainnya mengalami kecederaan semasa menewaskan Southampton.



Menambah, Bruce berkata kelab-kelab EPL berada dalam keadaan terdesak.



Pemain bek kanan Javier Manquillo dan penjaring gol utama Callum Wilson terpaksa direhatkan sebelum waktu rehat di St James' Park pada Sabtu lalu kerana mengalami kecederaan.



Newcastle memenangi perlawanan itu 3-2.



Malah, pemain pertahanan Fabian Schar mengalami kecederaan selepas Bruce menggantikan pemain ketiga, yang bermakna Newcastle terpaksa mengharungi tempoh 18 minit terakhir dengan sembilan pemain sahaja.



Jeff Hendrik telah dibuang padang pada minit ke-50 selepas mendapat kad kuning kedua.



"Ia bak kita mara selangkah dan berundur dua langkah pada masa ini," kata Bruce.



"Javier Manquillo tampaknya mengalami kecederaan di buku lali. Fabian Schar mengalami kecederaan yang amat serius di lututnya.



"Callum Wilson pun begitu juga. Kami belum dapat memastikan betapa serius kecederaan yang dialaminya itu," ujar Bruce.



"Pada masa ini, jumlah perlawanan yang sedang dimainkan oleh kelab-kelab EPL adalah tidak masuk akal."



Sejak menyertai Newcastle pada Julai 2019, Bruce terpaksa menggantikan sekurang-kurangnya dua pemain pada separuh masa pertama sebanyak tiga kali - lebih kerap berbanding kelab EPL lain.



Menurut Premier Injuries, yang mengumpulkan pangkalan data kecederaan dalam EPL, tujuh pemain Newcastle kini tidak beraksi kerana kecederaan.



Ini berbanding purata 4.7 pemain bagi setiap pasukan.



"Anda boleh faham mengapa pengurus lain juga dengan mengeluh," kata Bruce.



"Kita beraksi terlalu kerap pada Disember dan Januari dan kebanyakan kelab tidak mampu menyesuaikan diri pada jadual ini."



Buat masa ini, hanya dua lagi kelab mempunyai lebih ramai pemain yang cedera - Liverpool, dengan lapan pemain dan Crystal Palace dengan 10 pemain.



Kajian yang dilakukan oleh wadah kecerdasan buatan Zone7, yang pakar dalam meramalkan risiko kecederaan pemain, menunjukkan risiko pemain mengalami kecederaan bertambah 25 peratus jika beliau beraksi dalam lapan perlawanan dalam tempoh 30 hari.



Ini berbanding dengan beraksi empat hingga lima permainan dalam tempoh yang sama, kata Zone7, yang khidmatnya digunakan 35 pasukan bola sepak profesional sedunia.



Newcastle telah beraksi dalam lapan permainan dalam tempoh 28 hari yang lalu. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >