Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Pemain EPL digesa bantu bayar gaji kakitangan kelab

Apr 03, 2020 | 03:37 PM



LONDON: Setiausaha Kesihatan Britain, Matt Hancock, menggesa pemain bola sepak Liga Perdana England untuk "ambil potongan gaji dan memainkan peranan mereka" semasa pandemik koronavirus ini, lapor laman berita BBC.



Meskipun beberapa kelab telah memberi pelepasan cuti kepada kakitangan, mereka bagaimanapun tidak melihat kepada gaji para pemain. 



"Melihat kepada pengorbanan yang telah dibuat ramai orang, perkara pertama yang harus dilakukan pemain bola sepak Liga Perdana England adalah dengan membuat sumbangan," katanya di sesi taklimat harian kerajaan. 



Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional (PFA) berkata, " pemain perlu mengongsi beban kewangan". 



Dalam kenyataannya, PFA menambah: "Kami sedar sentimen rakyat bahawa pemain harus membayar gaji kakitangan. Bagaimanapun, kedudukan semasa kami ialah - sebagai satu perniagaan - jika kelab mampu membayar pemain dan kakitangan mereka, mereka harus berbuat demikian." 



"Pemain yang kami hubungi akur bahawa kakitangan merupakan tunjang kelab dan mereka tidak mahu melihat kakitangan diberi pelepasan cuti secara tidak adil.



"Apapun manfaat skim sokongan kerajaan tanpa keperluan kewangan sebenar akan memberi kesan buruk kepada masyarakat secara meluas. 



"Dalam keadaan di mana kelab punya sumber untuk membayar gaji kesemua kakitangan, faedah bagi pemain yang membayar gaji kakitangan akan hanya memanfaatkan kepentingan pemegang saham kelab," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >