Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pemain golf remaja setempat Sydnie Ng muncul juara di Junior Masters Singapura

Oct 3, 2024 | 4:32 PM
Pemain remaja setempat, Sydnie Ng, mencatatkan pukulan genap par 216 untuk merangkul kejuaraan dalam Divisyen B perempuan (Bawah 16 tahun) pertandingan Junior Masters Singapura, pada 2 Oktober.
Pemain remaja setempat, Sydnie Ng, mencatatkan pukulan genap par 216 untuk merangkul kejuaraan dalam Divisyen B perempuan (Bawah 16 tahun) pertandingan Junior Masters Singapura, pada 2 Oktober. - Foto ST

Pemain golf remaja setempat, Sydnie Ng, muncul sebagai pemenang dalam pertandingan Junior Masters Singapura, apabila beliau merangkul kejuaraan dalam Divisyen B perempuan (Bawah 16 tahun), pada 2 Oktober.

Pemain berusia 13 tahun itu menamatkan pukulan genap par 72 pada pusingan akhir, seterusnya mencacatkan markah keseluruhan pukulan genap par 216 di Kelab Resort Golf Laguna National, tiga pukulan di hadapan pemain senegara, Cik Passion Hsu (73). Pemain dari China, Cik Xu Ningyao (74), menduduki tempat ketiga dengan markah keseluruhan 220, empat atas par.

Bercakap kepada The Straits Times, pelajar St. Joseph’s Institution International itu berkata: “Saya gembira mendapat gelaran juara bagi (kategori) perempuan Bahagian B, menentang pemain yang berkualiti. Ia menunjukkan kerja keras saya membuahkan hasil.

“Tetapi perjalanan saya masih jauh dan saya perlu sentiasa memperbaiki cara saya bermain dan membina keadaan mental dan fizikal saya sekarang.”

Berdasarkan persembahannya selama tiga hari itu, beliau berjaya menduduki tempat kedua dalam kategori keseluruhan perempuan, kurang tiga pukulan daripada juara, Arisa Bintachitt dari Thailand (68), yang mencatatkan markah keseluruhan 213, tiga bawah par.

Rakan senegara Arisa, Bhumkit Pitchayasaowapak, merangkul kejuaraan keseluruhan lelaki selepas membuat dua pukulan di bawah par 70, untuk mencatat markah keseluruhan 206, 10 bawah par.

Acara 54-lubang itu disertai 176 pemain dari 21 negara. Ia menampilkan lima kategori: Divisyen A (Bawah 18 tahun), Divisyen B (Bawah 16 tahun), Divisyen C (Bawah 13 tahun), Divisyen D (Bawah 11 tahun) dan Divisyen E (Bawah 9 tahun).

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg