Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pemain golf S’pura, Ryan Ang, buat persiapan teliti demi kerjaya profesional

Beri tumpuan kepada aspek pemakanan dan fizikal, serta faktor yang boleh pengaruh prestasi
Oct 10, 2024 | 1:35 PM
Pemain golf Singapura, Ryan Ang, membuat persiapan teliti dan menyeluruh demi mempersiapkan diri bagi pertandingan peringkat profesional.
Pemain golf Singapura, Ryan Ang, membuat persiapan teliti dan menyeluruh demi mempersiapkan diri bagi pertandingan peringkat profesional. - Foto AAC

Pemain golf tempatan, Ryan Ang, sedar bahawa langkah kecil boleh membawa perubahan besar.

Dalam mempersiapkan diri bagi penampilan sulung profesionalnya, atlet berusia 25 tahun itu memberikan tumpuan yang sama kepada perkara di luar padang golf demi mempertingkatkan prestasinya.

Sejak layak ke Jelajah Australasia PGA (PGATA) pada April, Ang telah bekerjasama dengan pasukan yang merangkumi pakar pemakanan, jurulatih fizikal dan ahli fisioterapi, di samping melihat secara menyeluruh faktor yang boleh mempengaruhi prestasinya.

Perkara yang beliau kini lebih fahami secara mendalam adalah tentang jenis badannya – seperti makanan apakah yang sesuai baginya atau perlu dielak bagi membantu menstabilkan berat badan.

Menurut laporan The Straits Times (ST), konsultasi dengan pakar pemakanan dari Institut Sukan Belia Negara menyedarkan Ang bahawa beliau sensitif terhadap telur dan terlalu banyak laktosa dan lemak – akan menjejas perutnya apabila beliau ke luar negara.

Beliau juga mula memakan lebih banyak daging semasa makan tengah hari dan makan malam agar beliau dapat mengekalkan berat badannya semasa di luar negara.

Minuman protein semasa bersarapan juga dapat memberikan kalori yang mencukupi baginya.

“Saya mempunyai lima hingga 10 individu yang akan mengelilingi saya apabila saya menjadi profesional dan saya percaya ini akan membantu saya melangkah jauh.

“Seluruh ekosistem dalam pasukan saya amat sihat dan mereka berbual antara satu sama lain.

“Inilah yang akan membantu permainan saya maju ke tahap yang lebih mantap.

“Mereka semua bekerjasama untuk membantu saya meningkatkan permainan saya ke tahap yang lebih baik serta badan dan minda saya agar berada dalam keadaan yang lebih baik,” tambah beliau.

Ang percaya semua itu, seiring langkah bersaing dalam beberapa kejohanan utama amatur, akan dapat mengasah kemahirannya.

Ia membuat beliau cukup bersedia untuk Kejohanan WA PGA di Padang Golf Kalgoorlie di Australia Barat pada 10 hingga 13 Oktober.

Ang akur terdapat tekanan tambahan untuk mengekalkan prestasinya, tetapi beliau tetap menyahut cabaran itu kerana berhasrat mengekalkan kelayakannya dalam PGATA untuk musim depan.

Beliau juga akan mencuba untuk ke pusingan kelayakan peringkat akhir Jelajah Asia pada Disember, sambil berusaha mendapatkan tempat di Sukan Asia 2026 dan Olimpik 2028.

“Saya tidak sabar untuk bermula. Peluang untuk bermain dalam jelajah Australia merupakan perkara yang selesa bagi saya, saya kenal ramai orang di sini, justeru peralihannya agak lancar,” ujar Ang.

“Saya mempunyai lima hingga 10 individu yang akan mengelilingi saya apabila saya menjadi profesional dan saya percaya ini akan membantu saya melangkah jauh... Inilah yang akan membantu permainan saya maju ke tahap yang lebih mantap. Mereka semua bekerjasama untuk membantu saya meningkatkan permainan saya ke tahap yang lebih baik serta badan dan minda saya ke keadaan yang lebih baik.”
Ryan Ang, pemain golf Singapura.
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg