LONDON: Liverpool kelmarin mengesahkan pemain antarabangsa Jepun Takumi Minamino telah mengikat kontrak bersama pemenang Liga Juara-Juara itu dengan bayaran dilaporkan £7.25 juta ($12.29 juta) daripada kelab Austria, Red Bull Salzburg.
Penyerang berusia 24 tahun itu secara rasmi akan menjadi pemain Asia pertama Liverpool pada 1 Januari nanti apabila jendela perpindahan dibuka, selepas menjalani pemeriksaan kesihatan di Merseyside Rabu lalu.