Subuh
5:58
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:33
Maghrib
7:21
Isyak
8:30
Penyenggaraan yang dijadualkan: Kami sedang mempertingkat sistem mySPH untuk memberi anda khidmat log masuk lebih lancar. Sebahagian akses bagi log masuk ke mySPH akan terjejas dari 02 / Mar / 21 12:30 PG hingga 02 / Mar / 21 06:00 PG. Anda perlu log masuk semula selepas tempoh penyenggaraan ini. Untuk mendapatkan bantuan, sila tinggalkan butiran hubungan anda di sini dan kami akan hubungi anda. Terima kasih.
Sukan0

LIGA PERDANA SINGAPURA

Pemain muda Geylang tarik perhatian kelab Jepun

Aug 01, 2019 | 05:30 AM

SEJAK gol pertamanya dalam Liga Perdana Singapura (SPL) April lalu menyusuli kemenangan 1-0 ke atas Young Lions, penyerang Geylang International, Vasileios Zikos Chua, 17 tahun, telah membuktikan bakatnya yang berbisa.

Sejauh ini beliau telah jaringkan lima gol, termasuk dua gol yang merupakan jaringan kemenangan pasukannya.

Usaha terbarunya ialah semasa kemenangan 1-0 kelabnya ke atas juara tiga kali, Albirex Niigata, pada Jumaat lalu.

Ini meletakkan namanya setanding dengan pemain lebih terkenal seperti Sahil Suhaimi dan Hafiz Nor - menjadikannya pemain setempat ketiga dengan jaringan terbanyak.

Lebih penting lagi, kerjayanya bakal mencapai satu lagi tahap lebih tinggi, selepas beliau dipelawa menyertai latihan bersama kelab Liga J1, Matsumoto Yamaga, menurut laman The Straits Times.

Berita Popular

Ini selepas beliau menarik perhatian presiden kelab itu, Fumiyuki Kanda, dan pengurus besarnya, Yoshiyuki Kato.

Butiran lanjut tentang latihan itu masih belum ditentukan.

Para pegawai tersebut, yang berada di sini sempena Cabaran Belia Epson 2019, telah menonton pasukan Geylang, atau dikenali juga sebagai Eagles, beraksi di padang Our Tampines Hub (OTH), dan tertarik dengan persembahan pemain muda itu.

Zikos berkata:

"Pastinya saya teruja dengan peluang berlatih bersama Yamaga sekali lagi, selepas berlatih dengan mereka pada 2016.

"Saya masih ingat bahawa saya begitu kagum dengan kemudahan dan peminat mereka.

"Standard di Jepun amat tinggi dan ia satu peringkat yang saya ingin capai.

"Saya amat berterima kasih di atas peluang ini dan kepada jurulatih saya serta rakan sepasukan yang sentiasa bersedia membantu saya dengan meletakkan kepercayaan ke atas pemain remaja berusia 17 tahun seperti saya."

Jurulatih Geylang, Noor Ali, yang menjadi jurulatihnya semasa di Sekolah Menengah Tanjong Katong selama empat tahun dan menghabiskan masa 10 bulan di Yamaga dengan membantu pasukan bawah 18 tahun mereka menjuarai piala liga, menambah:

"Beliau akan mempunyai jurulatih yang akan dapat membantunya dalam beberapa aspek permainan, seperti menggunakan tubuhnya selain menjadi lebih gagah secara fizikal dan lebih mencabar."

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map