LIVERPOOL: Walaupun pasukannya tertekan dan hampir tewas, pengurus Liverpool, Brendan Rodgers, memuji kematangan pemain muda yang kekal tenang demi menewaskan Middlesbrough dalam pusingan ketiga Piala Liga semalam.
Liverpool mengatasi kelab Championship, Middlesborough (Boro), 14-13 menerusi tendangan penalti selepas permainan terikat 2-2 pada akhir masa tambahan.