Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK

Pemain muda tunjuk pilihan pasukan Singa: Hassan Sunny

Penjaga gol veteran Hassan gesa pemain muda rebut peluang timba pengalaman
Sep 24, 2022 | 05:30 AM



PENYERTAAN pemain muda dan baru dalam skuad Singa adalah petanda baik, kata bintang penjaga gol Singapura Hassan Sunny.



Ini meskipun pasukan eksperimental kendalian jurulatih Takayuki Nishigaya itu - yang menggabungkan pemain senior dan yang jarang diturunkan - tewas 0-4 kepada Vietnam, yang di ranking ke-97 dunia, dalam satu perlawanan persahabatan di Stadium Thong Nhat di Ho Chi Minh Rabu lalu.



Singapura (pasukan nombor 159) kembali ke stadium itu malam ini untuk memperbaiki persembahan mereka menentang India (pasukan nombor 104).



Nishigaya, dalam satu wawancara sebelum ini, menegaskan peri penting memberi pemain kurang pengalaman pendedahan bermain di padang antarabangsa dan menguji kesediaan mereka, menjelang Piala AFF 2022 pada Disember.



Hassan, 38 tahun, yang dijangka membuat penampilan ke-100 beliau untuk pasukan Singa malam ini, menyokong usaha jurulatihnya.



"Adalah baik menguji pemain (muda) ini, sebab anda harus sedar bahawa ada sekumpulan pemain lain di Singapura yang kini tidak bersama skuad negara," ujarnya kepada Berita Harian.



Pemain tetap seperti Song Ui-young, Faris Ramli dan Shawal Anuar, tidak disertakan dalam skuad itu akibat kecederaan atau disebabkan urusan peribadi.



"Ini menunjukkan tanda baik. Sebelumnya, saya fikir kami tidak mempunyai pilihan pemain yang banyak.



"Ya, mereka kurang pengalaman tapi itulah sebab kami mengadakan perlawanan persahabatan, untuk melihat mutu pemain yang kami ada.



"Apabila masuk bertanding nanti, kami perlu menghantar pasukan terbaik, tidak kira pemain berpengalaman atau tidak," kata Hassan, sambil memberi contoh pasukan Asean lain, seperti Vietnam, Malaysia dan Thailand, yang juga membariskan "pasukan kedua" mereka dalam perlawanan persahabatan minggu ini.



"Jadi, inilah masa untuk pasukan kita menguji pemain sebelum menyertai pertandingan... Tapi, pemain ini harus turun padang dan memberi persembahan baik sebab kami menentang dua pasukan handal.



"Selepas menentang Vietnam, mereka kini sedar bahawa tahap perlawanan antarabangsa lima atau enam kali lebih tinggi berbanding Liga Perdana Singapura," ujarnya lagi.



Antara pemain yang memanfaatkan peluang beraksi ialah Adam Swandi, 26 tahun.



Adam, yang kini sudah 15 kali ditampilkan bagi pasukan Singa, memimpin bahagian midfield - tanpa pemain tunggak Shahdan Sulaiman yang kurang sihat - di samping Shah Shahiran (enam penampilan) dan Joshua Pereira (penampilan sulung) Rabu lalu.



"Pastinya sukar tanpa pemain seperti Shahdan dan Song, tapi kami cuba sebaik mungkin dan merebut peluang yang diberi... Tidak kiralah siapa yang diturunkan, sebab matlamat kami sepasukan ialah bermain permainan bola sepak bagus dan meraih keputusan baik untuk pasukan nasional," kata Adam, yang menyarung jersi kelab SPL Lion City Sailors.



"Ya, kami sedang melalui satu tempoh peralihan, dengan membawa masuk pemain lebih muda dalam skuad. Tapi, ia tidak bermakna semua pemain tidak ingin melakukan yang terbaik untuk meraih kemenangan."



Kekalahan Rabu lalu menerima kritikan hebat dalam talian daripada peminat bola sepak Singapur.



Mengulas, Hassan berkata: "Perkara ini normal. Kami menerima komen negatif ini, dan akan menggunakannya sebagai satu motivasi, dan bukan sesuatu yang akan menjejas persembahan kami di padang."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >