Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Pemain negara sedar perlu gigih kekalkan tempat dalam skuad utama

Dec 14, 2020 | 05:30 AM



TANPA jaminan mereka akan mengekalkan tempat dalam skuad sepak takraw nasional, pemain kini sedar mereka tidak mampu ambil sikap sambil lewa dan perlu lebih gigih berlatih.



Ini setelah Persekutuan Sepak Takraw Singapura (Perses) mengumumkan pembentukan pasukan nasional baru dan dua pasukan pelapis sebagai langkah merancakkan lagi usaha mengembangkan bakat belia di sini.



Sebagai antara pemain senior dalam skuad 15 pemain, Muhammad Asri Aron akur bahawa setiap pemain perlu meningkatkan prestasi mereka jika ingin terus dipilih mewakili negara.



"Tiada yang pasti di dunia. Mungkin anda fikir anda telah berlatih dengan baik dan kedudukan anda selamat, namun, pada akhirnya, ia terpulang pada keputusan jurulatih.



"Sebagai pemain, kami tidak seharusnya memikirkan bahawa tempat kami dalam pasukan negara akan terjamin selama-lamanya," kata penyerang atau striker berusia 25 tahun itu.



Sependapat, rakan sepasukannya, Zaihirrman Zaharudin, 22 tahun, berkata sebagai pemain negara, mereka perlu bersedia menghadapi cabaran daripada pemain muda yang menunggu peluang mereka.



"Memang ramai pemain yang mempunyai impian bermain untuk negara dan dahagakan peluang itu," katanya.



Pasukan nasional baru yang akan dibentuk dijangka menyenaraikan gandingan pemain berpengalaman dan baru dalam usaha memburu pingat dalam kejohanan serantau dan antarabangsa.



Langkah ini diharap dapat mengembalikan imej sepak takraw Singapura setelah sekian lama tidak mengecap kejayaan.



"Ia sesuatu yang kami sedang usahakan dan berharap satu hari pemain-pemain ini dapat menjadi kebanggaan negara dengan membawa pulang pingat," kata bekas pemain negara, Padzli Othman, yang kini dilantik sebagai pembantu jurulatih sementara Perses cuba mendapatkan tenaga jurulatih luar negara.



Pemain baru yang dipilih menyertai latihan pasukan negara pada November lalu, Mohamad Idris Sadlizan, 22 tahun, berkata beliau gembira dengan peluang yang diberi untuk mempamerkan bakatnya di tahap lebih tinggi.



"Saya sebenarnya terkejut apabila mendapat panggilan daripada coach Padzli beberapa bulan yang lalu. Beliau menyatakan bahawa beliau mahu saya sertai latihan bersama pasukan negara.



"Saya bersyukur kerana diberi kepercayaan ini dan akan berlatih bersungguh-sungguh untuk membantu negara mengecap kemenangan suatu hari nanti," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >