Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PIALA AFF SUZUKI

Pemain-pemain ‘The Azkals’ yang perlu diberi tumpuan

Nov 13, 2018 | 05:30 AM



SINGAPURA mungkin bakal menghadapi rintangan besar untuk menjaringkan gol apabila menentang Filipina di Stadium Panaad, Bacolod City, malam ini.



Ini kerana gawang pasukan bergelar 'The Azkals' itu akan dikawal rapi oleh bintang penjaga gawang mereka, Neil Etheridge (gambar atas).



Pemain berusia 28 tahun itu merupakan penjaga gawang utama kelab Liga Perdana England, Cardiff Citym musim ini.



Beliau juga merupakan pemain pertama dari Asia Tenggara untuk beraksi dalam liga masyhur di Britain itu.



Sejurus membantu Cardiff menewaskan Brighton pada Sabtu lalu, Etheridge telah bergegas pulang ke Bacolod City untuk menyertai rakan sepasukan negaranya bagi persediaan menentang Singapura dalam kejohanan Piala AFF Suzuki ini.



Difahamkan, beliau hanya akan beraksi untuk dua perlawanan pertama Filipina - menentang Singapura dan Timor Leste - sebelum kembali menyertai kelabnya semula.



Di samping Etheridge, seorang lagi pemain Filipina yang beraksi di Eropah untuk kelab Romania, Sepsi OSK, Daisuke Sato, juga telah terbang pulang bagi perlawanan pembukaan mereka malam ini.



Dengan penampilan dua pemain tunggak ini, Filipina merupakan pasukan yang mempunyai barisan pemain yang handal dalam kejohanan ini dan pastinya menjadi antara pasukan pilihan untuk melangkah ke pusingan separuh akhir dalam Kumpulan B.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >