Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PIALA AFF SUZUKI

Pemain-pemain Singa yang perlu diberi tumpuan

Nov 13, 2018 | 05:30 AM



JIKA pemain berpengaruh dan kapten pasukan, Hariss Harun menjadi wira negara selepas golnya memastikan Singapura menewaskan Indonesia dalam perlawanan pertama pada Jumaat lalu, ketangkasan pemain lincah, Faris Ramli juga mendapat perhatian.



Meskipun gagal menjaringkan gol dengan beberapa peluang keemasan dalam perlawanan tersebut, semangat Faris untuk mengejar bola dan memberi tekanan kepada benteng pertahanan Indonesia menjadikannya antara pemain berbahaya dalam skuad Singa.



Termasuk Faris, gandingan tiga pemain lain dalam jentera Singapura - Gabriel Quak, Ikhsan Fandi dan Yasir Hanapi (kiri dalam gambar atas, bersama Ikhsan, jersi 20) - terbukti terlalu sukar untuk dikawal oleh pemain Indonesia.



Banyak peluang yang telah dilakarkan antara mereka ketika perlawanan tersebut dan menurut Faris persefahaman antara mereka telah menyebabkan kekeliruan kepada benteng pertahanan pasukan Garuda itu.



"Kami boleh bermain di mana sahaja. Misalnya, Gabriel boleh mengambil tempat di sebelah kanan dan saya akan ke kiri...begitu juga dengan Yasir dan Ikhsan.



"Kami mempunyai pilihan dalam serangan kami dan kami berjaya mengejutkan pemain Indonesia," kata Faris.



Jika Singapura berjaya membuka ruang benteng pertahanan Filipina, Faris menjadi antara pemain yang diharapkan dapat menjaring gol dalam perlawanan malam ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >