Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK - PERSIAPAN PRAMUSIM

Pemain pertahanan muda ghairah sarungi jersi Spurs

Jul 21, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Pemain pertahanan Middlesbrough, Djed Spence, telah mengikat kontrak dengan Tottenham Hotspur yang difahami bernilai sekitar £20 juta ($33.5 juta).



Spence, 21 tahun, dipinjamkan kepada Nottingham Forest sepanjang musim lalu dan membantu kelab itu naik ke Liga Perdana England (EPL) pada musim baru ini.



Pemain skuad England Bawah 21 Tahun itu telah menandatangani kontrak lima tahun dengan Spurs, termasuk bayaran awal £12.5 juta, dan lagi £7.5 juta sebagai tambahan.



Beliau berkata:



"Saya hanya ingin membantu pasukan dan menyemarakkan penyokong dengan cara permainan saya yang menarik dan menunjukkan kemahiran dan kepantasan saya."



Spence ialah pemain keenam diperoleh oleh pengurus Spurs, Antonio Conte, pada musim panas ini, menyusuli keputusannya mendapatkan penjaga gawang Fraser Forster, pemain pertahanan Clement Lenglet, pemain midfield Yves Bissouma dan dua pemain barisan depan, Ivan Perisic and Richarlison.



Spence, yang menyertai Middlesbrough dari akademi Fulham pada 2018, telah menjaringkan tiga gol dalam 46 perlawanan bagi Forest musim lalu.



Beliau dipilih dalam pasukan terbaik Liga Kejuaraan dan juga dalam pasukan terbaik Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional (PFA) musim lalu, selepas dinamakan sebagai pemain terbaik dan penjaring gol terbaik bagi Mac.



Spence berkata apa yang dilaluinya musim lalu benar-benar di luar dugaannya. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >