Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Pemain Singapura cipta sejarah dengan memasuki suku akhir di Kejohanan Dunia Badminton

Aug 23, 2019 | 07:51 AM



PEMAIN badminton kebangsaan, Yeo Jia Min, berjaya memasuki pertandingan suku akhir Kejohanan Dunia BWF selepas menewaskan pemain Vietnam Vu Thi Trang 21-15, 14-21, 21-16 pada Khamis (22 Ogos), selepas pertempuran sengit selalma 72 minit.



Ia adalah pencapaian terbaik Singapura dalam kategori perseorangan wanita setakat ini.



Di St Jakobshalle di Basel, Switzerland, pemain badminton nombor 32 dunia itu memenangi perlawanan pertama menentang pemain nombor 74 dunia dalam masa 20 minit.



Vu kemudian menaikkan tempo dalam permainan kedua dan memukul bulu tangkis dengan lebih pantas kepada Yeo, yang mula merasa tidak selesa di bahagian belakangnya, justeru menyebabkan beliau menjadi kurang fokus.



Pemain berusia 20 tahun itu kemudian bertenaga semula dalam permainan ketiga, dan sering mengambil kesempatan untuk memberi pukulan yang memberi tekanan pada pergelangan tangan Vu. 



Yeo terus terduduk kegembiraan selepas berjaya menewaskan lawannya.



"Saya berasa lega kerana saya bertekad untuk menang," katanya.



Yeo, yang mengalahkan pemain badminton nombor satu dunia, Akane Yamaguchi, dalam pusingan kedua kejohanan pada Selasa, sering dirujuk sebagai seorang pemain ‘pembunuh gergasi’ iaitu pemain yang akan menewaskan lawannya dengan teruk, oleh pengulas pada Khamis.



Meskipun begitu, Yeo tidak berasa tertekan sebelum perlawanannya menentang Vu, katanya: "Saya tumpukan perhatian penuh kepada perlawanan itu, dan selalu mengingatkan diri sendiri tentang perkara yang saya dapat kawal.



"Saya berasa gembira dan teruja dapat memasuki peringkat suku akhir," kata Yeo.



Bekas pemain badminton juara dunia kanak-kanak itu akan menentang pemain badminton juara dunia 2013, Ratchanok Intanon dari Thailand, yang telah mengalahkan pemain Indonesia, Gregoria Mariaka Tunjung 18-21, 23-21, 21-10, di peringkat suku akhir pada Jumaat.



Rakan sepasukan Yeo, Loh Kean Yew, gagal dalam usahanya untuk mencapai tempat pemain lapan terakhir. 



Loh, yang juga pemain badminton nombor 34 dunia kalah 21-13, 18-21, 21-17 menentang pemain badminton nombor dua dunia, Chou Tien-chen, dari Taipei Cina dalam pusingan ketiga.



Ronald Susilo adalah pemain tempatan yang terakhir untuk memasuki peringkat suku akhir pada 2007.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >