Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND - LIVERPOOL LAWAN LEEDS UNITED

Pemain tunggak kembali, tapi bolehkah Liverpool atasi Leeds?

Jurgen Klopp dan Marcelo Bielsa terpaksa rombak semula persiapan selepas pemain dari Brazil dibenar beraksi
Sep 12, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Jurgen Klopp dan Marcelo Bielsa bersemuka di Elland Road hujung minggu ini selepas mengharungi minggu tidak menentu yang memaksa kededua pengurus itu merombak pasukan berulang kali.



Di awal minggu ini, Klopp dan Bielsa terpaksa mengatur strategi dengan mengambil kira ketiadaan pemain dari Brazil selepas persatuan bola sepak negara itu mendesak Persekutun Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) untuk menggantung mereka.



Pemain-pemain itu, tiga dari Liverpool - Alisson Becker, Roberto Firmino dan Fabinho - dan seorang dari Leeds - Rapinha - tidak melaporkan diri ke skuad negara bagi perlawanan kelayakan Piala Dunia minggu lalu.



Ini kerana semua perlawanan kelayakan yang melibatkan Brazil diadakan di negara-negara yang dianggap berisiko tinggi bagi Covid-19 oleh pemerintah Britain.



Justeru, ini bermakna pemain yang kembali ke Britain selepas mewakili negara mereka terpaksa menjalani kuarantin 10 hari dan terlepas beraksi untuk kelab bagi tempoh itu.



Di bawah undang-undang Fifa, pemain yang tidak dilepaskan untuk mewakili negara dalam kelayakan Piala Dunia boleh digantung daripada beraksi bagi kelab selama lima hari.



Namun, semalam, Fifa mengesahkan pemain-pemain itu, serta lagi tujuh pemain EPL dari Brazil dan beberapa negara Amerika Selatan lain, akan dibenar beraksi pada hujung minggu ini, selepas persatuan bola sepak negara masing-masing menarik balik penggantungan itu.



Ini bermakna Alisson Becker, penjaga gawang nombor satu Liverpool dan pemain tunggak di midfield Fabinho - boleh diturunkan bagi perlawanan dengan Leeds.



Firmino, seorang lagi pemain yang pada awalnya digantung, secara kebetulan tidak dapat beraksi kerada cedera.



Seorang lagi pemain Liverpool, warga Guinea Naby Keita juga dijangka tidak beraksi, selepas pemain dari Guinea dan Maghribi terlibat dalam satu percubaan merampas kuasa di ibu kota negara itu di Conakry.



Pemain midfield berharga £52 juta ($120 juta) itu dilaporkan berada dalam keadaan sihat dan kini telah pulang ke Liverpool.



Bagi Leeds pula, Rapinha, pemain tunggak kreatif, kini boleh beraksi, menambah peluangbagi Leeds mencuri mata atau menang dalam perlawanan nanti.



Mendapat kebenaran untuk menurunkan Rapinha pasti mendatangkan kesan besar kepada persiapan Bielsa dan juga ke atas keputusan perlawanan ini.



Rapinha, atau Raphael Dias Belloli, 24 tahun telah pantas menjadi tunggak pasukan Bielsa sejak menyertai Leeds pada Oktober lalu.



Beliau tidak dianggap setaraf pemain bertaraf bintang seperti Bruno Fernandes atau Gareth Bale, tetapi data yang dikumpulkan berhubung sumbangannya bagi pasukan dalam perlawanan menunjukkan beliau setanding pemain-pemain tersebut.



Kemahirannya mencipta peluang gol adalah ketara.



Warga Brazil itu mencipta 12 peluang gol ketara dalam Liga Perdana England (EPL) musim lalu, setanding dengan jumlah gol yang dicipta oleh Mohamed Salah. Hanya tujuh pemain lain mencipta lebih banyak gol dalam EPL musim lalu, termasuk seorang lagi pemain Liverpool Trent Alexander-Arnold.



Tidak menghairankan, Raphinha merintis sembilan gol dan adalah pemain keenam terbaik bagi statistik itu.



Beliau juga tidak bergantung kepada penyerang utama Leeds Patrick Bamford untuk menjaringkan gol.



Sebaliknya, Raphinha mencipta peluang gol bagi ramai pemain Leeds - dua gol masing-masing bagi Jack Harrison dan Rodrigo, serta satu gol seorang bagi Bamford, Liam Cooper, Stuart Dallas, Mateusz Klich dan Pascal Struijk.



Musim lalu, setiap pemain Leeds yang menjaringkan sekurang-kurangnya empat gol telah menerima hantaran dari Raphinha bagi sekurang-kurangnya satu gol.



Rapinha juga adalah pemain kelima paling banyak merintis gol bagi pasukan, di belakang Fernandes, Kevin De Bruyne, Son Heung-min dan Jack Grealish.



Dalam pada itu, semasa diminta mengulas mengenai perlawanan menentang Leeds, Klopp berkata:



"Perlawanan dengan Leeds antara perlawanan bola sepak yang paling menyerap tenaga anda kerana setiap pemain Leeds berlari tanpa henti.



"Jika anda ingin mendapatkan sedikit kelebihan pun, anda perlu berlari tanpa henti."



Komen Klopp itu sukar disangkal kerana dibawah kepimpinan Bielsa, Leeds adalah pasukan yang tidak pernah berputus asa dan rela berlari sehingga wisel penamat.



Namun, ia ada satu kelemahan.



Benteng pertahanan Leeds, apabila ketinggalan satu atau dua gol, boleh menjadi rapuh, kerana kebanyakan pemain akan cuba mengasak gawang lawan dan meninggalkan ruang bagi lawan.



Sementara itu, Bielsa juga memuji Klopp dan pasukannya.



Beliau berkata setiap pemain Liverpool tahu bagaimana hendak menerima bola dan melindungi bola itu dari pemain lawan.



"Bagi saya itu pujian yang besar... cara mereka bermain bola adalah konsisten di mana-mana saja.



"Mereka juga boleh menyerang dari sebarang bahagian padang," ujar Bielsa, di sidang media sebelum perlawanan ini.



Namun Bielsa berkata Liverpool mempunyai satu kelemahan - pemainnya terlalu gemar menyerang dan kurang bertahan.



"Seperti setiap pasukan, mereka juga ada kekurangan," ujar beliau. - Agensi berita.




Perlawanan dengan Leeds antara perlawanan bola sepak yang paling menyerap tenaga anda kerana setiap pemain Leeds berlari tanpa henti.

Jika anda ingin mendapatkan sedikit kelebihan pun, anda perlu berlari tainpa henti.

- Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp.




Bagi saya itu pujian yang besar... cara mereka bermain bola adalah konsisten di mana-mana saja.

Mereka juga boleh menyerang dari sebarang bahagian padang.

...Seperti setiap pasukan, mereka juga ada kekurangan.

- Pengurus Leeds United, Marcelo Bielsa.




PEMAIN PILIHAN



HARVEY ELLIOTT



PEMAIN midfield kreatif ini telah diberi kepercayaan oleh Klopp untuk beraksi dalam beberapa permainan sejak awal musim dan manfaat langkah ini adalah ketara.



Keyakinan diri Elliott, terutama apabila bola dikaki telah bertambah, sebagaimana dilihat semasa Liverpool seri 1-1 dengan Chelsea bulan lalu, apabila beliau dan Trent Alexander-Arnold berkali-kali bergabung untuk menembusi benteng lawan.



Elliott, yang menyarung jersi Blackburn Rovers dalam Championship musim lalu kini juga lebih lasak, yang membuatnya pemain yang sesuai untuk dipilih apabila Liverpool berentap dengan Leeds.




KALVIN PHILLIPS



BELIAU dikecap semasa mewakili England dalam kelayakan Piala Dunia minggu lalu, terutama kerana mensesiakan peluang keemasan untuk mengumpan bola kepada Harry Kane semasa penyerang itu berada di posisi baik untuk menjaringkan gol.



Ada kritik yang berkata beliau pemain tanpa 'killer instinct' dan lebih suka membuat umpanan 'selamat'.



Phillips kini mempunyai peluang keemasan untuk membuktikan keupayaan sebenar semasa Liverpool bertandang ke Elland Road, apabila beliau berdepa dengan barisan pemain midfield dan pertahanan yang juga merupakan tunggak pasukan nasional masing-masing.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >